Thursday, October 16, 2014

Membakar kek dalam pressure cooker Noxxa lagi

Kali ni guna tepung premix optima?
pukul sebiji buttercup dengan 5 biji telur, tambah vanilla, tepung optima dan warnakan ikut kreativiti.

Lapik inner dengan kertas minyak. Masukkan adunan kek.

Tutup penutup, pusing tombol penutup ke arah steam.

Tekan function steam 28x, kemudian tekan on.

Sepanjang 28 min akan ada bunyi beep, abaikan saja.

Bila dah 00 pada timer. Buka penutup, cucuk tengah kek dengsn lidi untuk periksa sama ada kek dah masak atau tidak. Jika basah pada lidi, tutup semula penutup, tambah steam 5 min lagi atau sehingga kek masak iaitu lidi kering bila dicucuk pada tengah kek.




Monday, October 6, 2014

Cili Api Buang Sulung

Tarikh: 4 September 2014

Seronoknya dalam hati. Alhamdulillah.  Dah nak keluar hasil. Pokok yang disemai dah mengeluarkan hasil. Pokok cili organik. Baja buat sendiri, racun pun buat sendiri.






Roti Kacang Merah Breadmaker Noxxa

Saya buat roti ni guna menggunakan breadmaker Noxxa.




Uli, guna function 4.
Selepas 30 min, buka pintu oven, tekan stop.
Keluarkan doh, bentukkan bulat, isikan inti kacang merah.
Susun dalam loyang.
Rehat utk naikkan doh
Sapukan eggwash
Bakar 15 min 180C.



Kek Minyak Pressure Cooker Noxxa

Saya buat kek minyak guna pressure cooker Noxxa.
Guna function steam, 40 min.

Kalau ikut resepi asal 28 min saja tapi saya tengok basah dan cair lagi ditengahnya sebab itu saya tambah lg 5 minit setiap kali sehingga 40 min saya berhenti.

Layan gambar dulu




Resepi diolah dari Zalina Long