Akhirnya percutian yang ditunggu-tunggu dah tiba. Semangat tapi memang cuak, bimbang sebab kali pertama ke luar negara. Flight pukul 1.05 tengahari. Jam 7.00 pagi baru bertolak ke Sungai Manik untuk menjemput mak. Lebih kurang setengah jam kemudian kami terus bertolak ke LCCT. Memandu sendiri memang pilihan aku, lebih mudah sebab bila bawa anak-anak. Singgah di Langkap untuk bersarapan. Hampir jam 8.45 baru selesai makan. Aku memandu santai sahaja, tak perlu buru-buru..banyak masa. Berhenti banyak kali juga di Petronas untuk mengisi petrol dan beli kudapan. Bayaran tol, guna Touch n Go, mudah. Dari Sungkai ke LCCT Rm 22.50 kalau tak salah.
Tak sangka pula di LCCT keadaan sangat sesak. Empat kali pusing baru dapat parkir. Jauh. Kawasan C. Parkir di sini RM16 sehari. Waktu itu dah jam 12 tengahari. Berlari-lari anak juga sebab takut terlewat. Mujur persiapan rapi, siap pakai kasut bukan tumit tinggi ;)
Seriously, sampai LCCT, aku dengan mak tercangak-cangak juga.. Anak-anak dah sangat teruja nak naik kapal terbang untuk kali pertama. Mana nak pergi ni? Tanya pada salah seorang pekerja Airasia mana nak pergi, nasib baik dia membantu.. Dia tunjukkan arah untuk masukkan bagasi. Mujur aku dah buat web check-in seminggu awal.
Masa timbang beg tu, aku rasa berdebar juga sebab aku cuma beli bagasi 15kg seorang dengan mak, jumlah 30kg. Pegawai tu timbang bersama beg aku dan mak, cisss baru 15 kg. Mak bawa 5kg aje dan aku 10 kg. Aku, Azam dan Azim bawa bagpack kosong ok sebagai hand luggage, ni persiapan untuk agenda shopping nanti. Selepas masuk bagasi, terus pemeriksaan kastam.. semuanya ok. Berjalan lancar, syukur. Tak ada flight delay. Tengokla muka anak-anak aku ni.. (mak aku cantik kan?)
LCCT |
Abang Azam pun happy juga, merajuk sekejap sebab tak dapat duduk dengan mak. Azam duduk dengan nenek.
Oh, mummy need a facial wash!
Need an eyeliftingjob!
Azim punya kerja
Pre-booked meal, aku dah tempah nasi lemak pak nasser. aku tak makan dalam pesawat, pening kepala sebab menulis dan membaca. Mak, Azam dan Azim makan aje, diorang kata sedap.. aku pulak layan pening :(
Bila touch down aje di Jakarta, aku pun muntah.... Sebelum pergi bukan main aku takutkan anak-anak.. sekali aku yang mabuk ;)
Antara maklumat yang ada dalam majalah dalam kabin, bagus ni buat rujukan. Ni maklumat pejabat urusan Airasia di Jakarta
Info
Layan aje la ibu dan anak lalala
Yey, we landed safely. Penerbangan selama 2 jam 15 minit. Kesian anak-anak waktu hampir mendarat semua dah sakit telinga.. Masa di Jakarta sekitar jam 2 petang, waktu Malaysia 3 petang. Cuaca panas. Dari sini akan menaiki bas ke terminal, tak ada la penat berjalan jauh macam di LCCT.
Urusan bagasi dan kastam tak lama, alhamdulilah. Dalam pesawat dah siap-siap isi borang lawatan yang diedarkan oleh krew kabin. Ini peraturan, jadi isi aje la...Mujur sebelum pergi dah baca banyak di blog lain macam di blog fini..Jadi tak la kalut sangat.
Sampai di Bandar Udara aka bandara (airport) cari Pusat Informasi, tanya mana nak cari teksi Bluebird ke Tanah Abang. Cik kat situ isi satu borang, tick pada teksi Bluebird dan Tanah Abang.. Katanya "Nona sama ibu keluar di sana, jalan ke kiri terus ada taksinya, uangnya dibayar pada supir aja Rp200 ribu." rasanya aku dah banyak tengok sinetron tapi bila betul-betul depan mata, aku terkebil-kebil cuba memahami apa dia cakap.
Mula-mula sampai aku dah terkena pau.
Aku dah ikut semua pesan kat Info, ada ramai kat bahagian teksi, diaorang bawak kami ke kereta Avanza.. aku cakap aku nak bluebird..dia kata "sama aja ibu..ini lebih selesa". Mula-mula kat bandara dia kata Rp200K sama macam pada Pusat Informasi, sekali kat tengah jalan dia kata harus ditambah Rp100K lagi buat bayaran koperasi..Aku dah rasa memang aku kena pau le ni... Kalau aku tak bagi nanti kena tinggal kat tengah jalan pulak.. Aku dah tanya "tadi kenapa bilang hanya Rp200K sekarang harus ditambah pula?" Ntah hape dia cakap pun aku tak berapa nak faham, redha aje la..
Akhirnya sampai di Hotel N1, Jalan Petamburan, Jakarta Pusat. Hotel ni aku dah booked sejak Februari lagi. Satu malam Rp350K. Daripada pembacaan aku ramai pelancong Malaysia menginap di sini sebab dekat dengan Tanah Abang. Dapat di tingkat 3, bilik ada 2 jenis sahaja. 2 katil bujang atau 1 katil queen. Bilik kami betul-betul mengadap Tanah Abang, tu nampak tak bangunan warna kuning dalam gambar di bawah.. Rehat sekejap....
Ini gambar di sekitar hotel, nampak tak kawasan setinggan dan surau tu?
Mari baca..susah juga aku nak memahaminya. Upah laundry. Masa ni pertukaran matawang RM1=Rp3200, lebih kurang macam tu.
Percayalah memang betul! Kami guna ojek...hahaha memang kira berani habis-habisan ;) Sewa dua ojek (motor). Anak dok tengah, aku kat belakang. Sama la dengan mak, sepanjang perjalanan aku gelak kikikiki. Cepat dan murah, kalau tak berani baik jangan ok. Keadaan jalan sangat sesak. Kata orang Indo, macet! Jam 5 waktu Indonesia, kami keluar dari hotel, depan tu ada je pengkalan ojek, tawar-tawar dapatla Rp15K satu ojek ke Thamrin City untuk makan malam. Fuhhh memang laju dia bawak, berdesap desup celah sana-sini. Ok, di sini, topi keledar hanya wajib bagi jalan raya utama sahaja..sebabtu kami memang x pakai kalau setakat keliling kawasan Tanah Abang dan Thamrin City.
Anak aku dah mula posing
Tanya orang mana restoran D' Cost Seafood, dari dalam Thamrin, turun ke tingkat paling bawah, keluar dari pintu kaca, di sebelah kanan.
Yey jumpa.... ;)
Ramai yang mencadangkan restoran ni daripada pembacaan aku pada blog orang yang dah ke Jakarta. Ada banyak cawangan restoran ni.
Ni pesanan kami, untuk order kali pertama sebelum ditambah-tambah lagi. Di sini order tak ditulis ok, ditaip pada handphone, kelaskan...
harga makanan bagi aku lebih kurang sama je dengan di Malaysia. Sila lihat es teh manis pada slip pesanan aku tu... aku nak muntah bila minum... teh o dengan rasa bunga melur :(
Anak aku selamba...mak aku mengurut dada bila minum..then aku order es milo..
Sedap, tapi kuat betul rasa kicap cairnya, kalau penggemar masakan cina mesti suka ikan ni...
|
Ayam kicap ape ntah...x de la hebat sangat. Overall, aku rasa aku tak akan datang semula D'Cost ni...tak berapa kena dengan selera aku dan emak.
Azam dan Azim selamba aje makan...
Lepas makan, terus balik ke hotel. Yes, guna ojek lagi hihihihi kali ni dia nak murah aje Rp10K untuk satu motor. Selesai hari pertama di Jakarta. Aku dan mak terus lelap, anak layan tengok filem cerita hantu...zzzzzzz
salam kenal...trjumpa blog ni waktu gugel on shopping kt bandung :) jemputla follow kembali :)
ReplyDeleteAssalamualaikum, maaf lambat balas. Saya bukan pandai sangat blog ni, pasti akan melawat blog anda. Tq
ReplyDelete