Friday, April 12, 2013

Jakarta 2013: Persiapan

Tarikh: 13 April 2013

Lagi 5 hari dah nak betolak ke Jakarta. Serious memang aku agak cuak, sebab ni kali pertama ke luar negara, plus membawa mak dan anak2. kami x de ikut package bagai, semua sendiri. percutian bajet ;)

insyaAllah semua akan baik, dengan usaha dan doa.

banyak nak kena siapkan ni..

  1. booking hotel, ok
  2. passport, ok
  3. web check in, ok
  4. international adapter, ok
  5. charger hp, camera, ok
  6. pakaian, toiletries, belum
  7. print boarding pass, belum
  8. tukar duit, belum
  9. kemas beg, belum
  10. ubat-ubat asma, batuk, demam, belum
ikut plan, aku akan drive n park kereta di LCCT, ikut perkiraan kos kalau naik kenderaan awam kami berempat dengan kos pandu sendiri adalah lebih kurang sama. ikut pengalaman aku semasa bawa pelajar ke sabah, park di lcct utk 3h2m lebih kurang RM120.. lagi pun bimbang jika flight delay, akan terlepas bas balik ke Teluk Intan. Leceh juga nak tukar 2-3 public transport bila bawa anak2. lagi pun aku memang prefer nak drive sendiri, mak pun setuju.

setakat ni ikut plan memang bukan untuk shopping sangat pun. aku dan mak memang jenis suka tgk tempat orang... mungkin sekadar membeli telekung dan jubah macam yang ramai org kata harga sangat murah. Ingin melawat Monas dan menziarah masjid di Jakarta insyaAllah. kalau ada kesempatan mungkin juga nak melihat muzium dan kota lama. anak2 lebih excited sebab nak naik kapal terbang buat kali pertama. InsyaAllah, doakan kami selamat pergi dan balik

No comments:

Post a Comment