Sunday, March 31, 2013

Rosemary

Tarikh: 31 Mac 2013



Ni la rosemary yang aku beli kat Cameron. Ni dah kali kedua aku beli rosemary. yang dulu dah mati, umur dalam 2 minggu aje.

Kalau ikut bacaan aku kat blog, rosemary ni x perlu air banyak dan tahan panas jadi aku guna tanah merah sebab x akan menakung air. mungkin sama macam ros, siram sekali sehari atau selang sehari sahaja.

yang dulu mati aku rasa sebab terlebih siram, bila menakung air, akar reput.. aku ada baca yang rosemary ni boleh ditanam indoor tapi agaknya x sesuai la bila letak di dapur tu mungkin bahang haba terlalu kuat dan peredaran udara kurang baik.

Rosemary ni aku beli RM10 aje. banyak kegunaan ni, boleh guna untuk buat roti, masakan itali, panggang ayam macam2lah.

Insyaallah kalau umur panjang, rosemary ni akan digunakan untuk memanggang ayam sehari dua lagi. :)

No comments:

Post a Comment