Sebab hari ni cuti sekolah, terus la pergi ke Pejabat Imigresen Teluk Intan untuk buat passport anak2. sampai lebih kurang 9.30 pagi, selepas tangkap gambar Azam dan sarapan pagi. punyalah ramai orang...
untungnya sekarang dah x payah isi borang apa2 pun. cuma bawa salinan asal kad pengenalan dan fotokopi bersama gambar dan duit. untuk Azam dan Azim ni ada diskaun, sekarang ni buat passport kanak2 cuma rm80 seorang untuk tempoh 2 orang. di pejabat ni ada sediakan perkhidmatan berbayar untuk fotokopi dan gambar.
pukul 10.30 baru dapat serah dokumen2 untuk diproses. punyalah lama menunggu.. sampai habis bateri hp aku dibuat budak 2 org ni. ni bukti muka bosan...
Bosannnnnnn |
pukul 12.28 baru dapat membuat bayaran... dan sejam selepas itu baru dapat passport.. siap beli cover sbb mesti akan ada episod air tumpah dalam beg.
Yey, siap |
Perkhidmatan kat sini bagus n mesra, cuma terlalu lambat. mujur ada pendingin hawa dan kipas... should upgrade the service.
No comments:
Post a Comment