Perjalanan kali ni sebab nak menghadiri kenduri kahwin sepupu di Cheneh, Kemaman. Macam biasa pergi dengan mak, Apis, Azam dan Azim.
Perjalanan mula jam 3.30 pagi dari Teluk Intan. singgah petronas depan hosp Teluk Intan reload TnG. Ambil mak, susun barang penuh untuk kenduri. Bawa kuih bahulu ikan 300 biji, kuah kacang 10 kg. Mak oi..kereta kebal aku ni dah macam lori 1 tan dibuatnya.
Dari Sungai Manik, terus ke Tanjong Malim, singgah solat subuh n isi minyak. Teruskan lagi hingga ke Batang Kali beli sarapan buat stok di tengah jalan. Lalu lintas mesti akan sangat sesak sebab sempena Perayaan Tahun Baru Cina. Naik ke Genting Highland, gagahkan juga dengan kereta tua aku ni..sebu..Azam dan Azim dah overexcited sebab nampak ada macam jeram...Menjerit2 suruh singgah..aku buat pekak. Tak kan nak singgah kot mandi kat Genting pukul 7 pagi! Kabus tebal di Genting, pandu pun slow n steady aje.
seperti diduga di Hentian Genting Sempah, lautan manusia penuh... x singgah.teruskan perjalanan. masa di kawasan Janda Baik tu, matahari naik memang terik..sakit bijik mata aku!
Hentian terakhir di rnr Bentong rasanya, dalam pukul 9.. makan, minum, pegi tandas pun kena beratur panjang. meneruskan perjalanan berpandukan gps sbb mak dah tidooo. sian mak penat buat kuih bahulu secara tradisional sepenuhnya sampai pukul 1 malam tadi. bukan selalu pegi rumah cu, jadi set aje destinasi Bandar Baru Cheneh. tiba di rumah cu jam 11.45 pagi..haa laju juga aku merempit. sampai2 tu terus cari port tido, kena cop awal2, kalau x alamat la aku kena tido kat ruang tamu.
bermula la episod kendara. x de makna la nak mekap2 wangi2. tolong kerja dapur..tapi bukan aku reti sangat pun. most of time jadi tukang masak utk breakfast, lunch dan dinner saudara2 mara yg dah datang awal. baik aku cop kerja ni, kalu dia suruh aku hias pelamin, nangis la aku x reti. Azam Azim seronok juga dapat jumpa saudara2 tapi depa berdua dah cop remote astro x lepas 24 jam kartun.
Petang dalam pukul 4, pegi jalan2 tgk bandar kemaman. singgah kopitiam Haipeng. Ramai orang. x de gambar lain. ini la yg aku makan. x de la sedap sangat, mahal pulak tu. Azam kata, x kenyang la mak. maghrib balik ke cheneh.
saudara2 mara makin ramai tapi x de la pulak tangkap gambar.
Ahad petang pegi lagi kemaman, kali ni ke pantai mak cik. Azam Azzim dah menung tengok ombak besar x dapat mandi.
habis aje majlis bersanding pada hari Isnin, terus packing barang. Cu, jangan marah ok... kami nak jalan2 pulak. dalam pukul 4 meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu menyusur jalan pantai.. Sepanjang perjalanan dari cheneh sampai marang adalah hujan..bosan, penat dan mengantuk. sampai Marang aku dah x larat lebih kurang pukul 8 malam, berhenti makan malam dan cari hotel bajet. tido.. anak aku mengelejat nak mandi laut!
esok lepas subuh teruskan perjalanan lebih kurang 6.40 pagi. nnnnnn masih hujan. teruskan ke kota bharu. sampai kota bharu dalam 10 pagi. masih awal..jadi kami terus ke Pasar Siti Khadijah...Sungguh aku bersyukur sbb ada gps, x de la melilau tgk sign board yg x berapa nak ada kat KB ni. Maka dulu.
Cuba teka berapa harga udang goreng tu? cuma rm1.50 secucuk, ada 2 ekor. heaven lahhh.
aku makan mi sup tapi ada babat la pulak.. macam biasa air sarsi aka oren bodoh :-). lepas je makan terus ronda cari batik, cari kedai 555..kedai cik wan . x de yang berkenan pulak + melayan 2 anak bujang yang bosan meneman mak cari kain batik. sudah nya beli tudung bawal 2 helai je. cakap kat cikwan, saya rasa saya beli online aje la cikwan..
Meneruskan agenda shopping, pegi ke Pengkalan Kubur. beli penyukat kaca pyrex. itu je yg berkenan. mak x de beli apa. balik ke KB
terus gi Tune Hotel, check in. Mak dah flat, nak tido. aku round KB Mall. ada butik bonia sehhh, Ipoh pun x de...lepas dinner terus zzzzz
esoknya siap2 terus check out, terus ke rantau panjang. yihaaaa meneruskan agenda shopping. 1st TERbeli jubah, walaupun aku x minat, beli aje la sbb bila cuba just nice size dia x yah nak potong. Jalan punya jalan terjumpa set arcopal 32.. terus beli. zaman sekarang mana ada dah set arcopal. ni agaknya stok 15 tahun lepas. nak sambung shopping n lunch tapi x dapat sbb semua bank kehabisan duit di mesin ATM. hampa ok.. kena beratur di kaunter, malass aku (jimatttttt).
selamat tinggal kelantan...jumpa lagi 2-3 tahun akan datang (maybe). heading to grik. Singgah lunch lewat daah. makan di Hentian Puncak Titiwangsa, hujan lagi....
siap makan, terus aje heading to Teluk Intan.. hujan n panas sepanjang dari grik, kuala kangsar, ipoh, teluk intan. Sampai rumah sekitar jam 8 malam. Alhamdulilah semua selamat...
No comments:
Post a Comment