Sunday, April 20, 2014

Pokok Mata Kucing dalam Bekas

Tarikh: 20 April 2014

Cuti Ahad. Melangsaikan projek lama terbengkalai. Mengalih anak pokok mata kucing ke pasu besar. Ops.. aku guna tong sampah, jangan risau tong ni bersih. Baru beli pagi tadi RM11.90. Beli tong kat Kedai Eagle di Jln Sultan Abdullah. Adik aku Rizal tolong tebuk kat bawah dia. Senang je. Panaskan screwdriver,  cucuh je pada bawah tong. Buat la dalam 10-15 kali. Biasa aku buat sendiri kalau setakat tong minyak 5 liter, tapi hari ni adik ada, kira nak manja-manja boleh?

Tuan tanah ni perasan macam rumah dia ada laman tanah keliling rumah. Pada hal semua tanam dalam pasu. Apa daya mampu duduk rumah teres sahaja. Alhamdulillah walau rumah teres, yang penting rumah sendiri.

Anak pokok ni dah beli lama, hujung tahun lepas rasanya.. Lama betul projek tergendala..Sibuk.. (alasan). Jenis biasa, rasanya RM10 kot harganya, beli kat kedai nurseri uncle  Jln Maharajalela,  depan Stesen Minyak Esso. Kalau jenis pingpong dalam RM25 sepokok. Aku angguk aje, agaknya jenis pingpong tu buah dia sebesar bola pingpong.. agaknya laaaa

Tanah, aku recycle tanah yang ada tambah 2 beg tanah sebab macam tak penuh tong je kan.. Dalam tong ni selain tanah, ada macam-macam lagi, contohnya kulit telur, sayur dan buah rindu layu-layuan dalam peti ais hihihi.. kotak  AMWAY dan surat khabar pun ada. Janji boleh terurai.. Organik gitu tujuannya.





Boleh dapat idea nak tanam dalam tong sampah sebab ada satu page dalam FB tentang gardening ni pernah letak gambar tanam mangga, epal, pir dan tin. Orang mana aku tak ingat tapi dari gambar tu keliling rumah dia dah berpasang jubin. Mangga dia berbuah lebat ok..

Marilah berdoa agar pokok mata kucing ni akan berbuah cepat..



No comments:

Post a Comment