Tarikh: 20 April 2014
Pokok cili merah ada tiga pasu sahaja. Semua ni disemai dari biji. Daunnya sedikit kerinting, entah kenapa. Macam-macam teori, cuaca terik, lebih baja dan mungkin juga serangan aphid.
Hari ni bila aku intai celah-celah daun nampak ladybird. Dulu aku tak tahu fungsi ladybird ni, rupanya ladybird memakan larva aphid. Ni aku baca kat blog gardening luar negara.
Pokok cili sku ni memang banyak kali diserang aphid. Kena rajin selak daun tu, buang daun yang bermasalah. Seminggu sekali sembur racun buatan sendiri. Racun ni pun belajar dari blog gardening.
No comments:
Post a Comment