Tiba hari yang ditunggu, tunggu. Tiket dah beli sejak Sept 2013. Jam 2 pagi dah bangun, berkemas dan bersiap. Jam 3.10 pagi kami berempat bertolak ke LCCT, aku memandu. Mak, Azam dan Azim tidur lena. Ngantuk juga sikit, lempang muka sesekali bagi hilang mengantuk..Boleh gitu?
Dari Teluk Intan terus ke Sungkai, barulah masuk lebuhraya PLUS. Berhenti sarapan di RnR Ulu Bernam untuk makan, apa tujuan nak makan aku pun tak faham. Early bereakfast? Sahur? Azam dan Azim makan nasi ayam ok, aku dan mak sekadar minum air panas untuk menghilangkan rasa sejuk pendingin hawa dan mengantuk.
Terus ke LCCT dan parkir di tempat biasa, Blok C. Bayaran sederhana dan tidak jauh nak menapak ke terminal. Bayaran tol dari Sungkai ke LCCT RM22.20.
Kasihan pula mak dan anak-anak nak pikul beg jalan jauh. Terus check in bagasi, pre-booked 20kg. Sekali masa letak beg, terpapar 10kg sahaja beg berisi barang kami tiga beranak. Mak tak mahu letak beg, nak bawa naik pesawat. Berlepas lambat lagi, masa tu baru dalam 7.30, jadi makan lagi. Makan di Mary Brown pulak. Sungguh agenda kami berempat makan dan makan lagi. Waktu ini ada gangguan air kot, tandas lelaki tak ada air.. Jenuh la nak melayan anak bujang berdua ni.. Mereka dah tak nak masuk tandas perempuan, malu. Kejadian hari tu, si abang dan adik dah melepas boleh guna tisu je, jalan lain macam lepas tu... Bila ditanya, baru cerita..aku pun bawa ke tandas perempuan untuk cuci dengan air.
Yang tak seronok cuma di LCCT ni, dari waiting room nak naik pesawat punyalah jauh menapak. kasihan kalau orang tua..
Berdebar juga naik pesawat, maklum dengan macam-macam kes macam MH370, bimbang. Zikir je banyak-banyak. Tak tempah makanan kalini sebab sekejap sangat sekitar 40 minit je di udara. Ada rasa pening lalat, rasa nak muntah tapi masih selamat sepanjang penerbangan. mau tak pening nak mengisi borang imigresen masuk Indonesia tu terhoyong hayang kepala otak aku.
Tiba di Pekan Baru, kurang satu jam. Ni waktu Malaysia. Kira macam pegi pukul 10.40 pagi waktu Malaysia, sampai 10.40 waktu Indonesia.
Anak aku sentiasa teruja. Mujur ada bas yang bawa ke terminal dari pesawat. Cuma bas tak banyak, satu pesawat dalam 3-4 bas mengangkut ke terminal. Bandara besar, mungkin masih baru. Bandara Sultan Shariff Kasim II.
Aku menunggu juga, manalah pak supir yang menunggu aku ni, tak nampak batang hidung. Aku call hotel, boleh pulak diorang lupa, rasa berapi lubang hidung akuuuuuuu.... Masa tu ada la 'ulat' terdengar kot, dia tawarkan nak hantar ke Hotel Amaris dengan banyaran Rp70K, aku cakap maaf tak mahu, sebab hotel kata bayaran cuma Rp50K sahaja. Akhirnya 'ulat' bernama Pak Andre setuju dengan bayaran Rp50K. Naik Avanza dan masa ni aku muntah, walaupun dok depan sebelah pemandu. Aku ni layak jadi pemandu aje kot, jadi mem besar mesti muntah. Spoil mekap aku!
Pekan Baru bandar yang panassss. Rasanya lebih panas dari Jakarta, atau mungkin musim aku pun tak tahu. Pak Andre tawarkan ke Bukit Tinggi dengan bayaran Rp500K termasuk BBM (bukan bahan bantu mengajar ok, tapi bahan bakar mobil) sehala, tapi sebab dia kata hampir 7 jam sehala...lupakan sahaja. Lain kali mungkin akan pergi tapi dari Padang.
Setiba ke Hotel Amaris, check in. dapat bilik di tingkat 2. T31. Siap letak barang, turun makan di kafe hotel sahaja. Agak mahal ikut telahan aku, 2 set nasi ayam penyet dan 2 set nasi goreng dah Rp130K tak termasuk air. Anak-anak dah kelaparan, layan aje laa.
Selepas berehat dan solat asar, kami menapak ke Mall Ramayana. Ni masjid di tepi hotel.
Perjalanan ke Ramayana.
Tempatnya panas, membahang. Ada beberapa tingkat. Jual kain pasang, kelengkapan solat tapi tak sebanyak di Jakarta. Tapiiiiii ada sesuatu yang istimewa di sini, sarung songket Melayu Riau.
Suka sangat... beli beberapa pasang buat kenangan. Balik naik ojek ke hotel, tak larat dah melangkah.. Berehat di hotel. Sudah janji dengan Pak Ujang Ojek untuk ambil kami jam 7.30 malam untuk keluar makan malam.
Malam itu kami makan nasi padang di Rumah Makan Sederhana di Jln Nangka. Sedap. Cuma kurang bersih sebagaimana cawangan di Jakarta. Puas la makan Rp140K sahaja, termasuk 2 jus epal hijau, 1 jus buah naga dan 1 jus durian belanda. Memang selera sungguh anak-anak makan... (mak dia pun sama).
Pak Ujang dan kawannya tunggu kami makan hingga selesai untuk bawa kami semula ke hotel. Waktu ini ada satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan. Penunggang ojek aku bungkuskan murtabak mesir untuk isteri yang mengidam. Kelu lidah aku bila dia kata isterinya dah menunggu hari nak bersalin, Hari ini baru punya wang nak beli murtabak mesir. Enak ini ibu, intinya sapi.... harga Rp16K. Duit Malaysia sekitar RM4 sahaja. Sedih sangat aku rasa dan betapa bersyukurnya aku dengan rezeki yang Allah swt berikan kepada kami sekeluarga. Selesai makan kami balik ke hotel dan aku masih termenung mengingatkan kisah murtabak mesir..
No comments:
Post a Comment