Tarikh: 12 April 2014
InsyaAllah akan terbang lagi tahun ini ke Pekan Baru, Indonesia pula. Tiket dah dibeli tahun lalu, hampir setahun lepas. RM528 untuk tiket berempat termasuk cukai dan yuran pemprosesan. Pada masa entri ini ditulis, makanan dan bagasi belum aku tempah.
Hari ini baru sahaja booking hotel secara atas talian melalui booking.com, aku tempah Amaris Hotel di Jalan Wahid Hasyim. RM 174 untuk 2 malam, RM87/hari. Banyak je hotel lain, tapi banyak juga penulis blog puji hotel ni ketika melancong ke Amaris Hotel di Jakarta, aku harap cawangannya di Pekan Baru pun sama. Sarapan dan 11% cukai dah masuk dalam bayaran tadi.
Masa nak booking hotel, aku buka agoda.com, asiaroom.com dan booking.com serentak untuk buat perbandingan harga. Memang ada beza harga walaupun tarikh dan hotel yang sama. Aku pilih booking.com sebab mudah nak faham and jelas, no hidden cost. Cuma aku baca butiran sungguh-sungguh nak bagi faham terms n conditions. Check in 25 April, pembatalan tempahan bilik sebelum 22 April adalah percuma dan selepas 22 April akan dicaj pada kad kredit harga 1 malam as cancellation fee. Ya, betul kena masukkan butiran kad kredit untuk pengesahan tempahan. Sebaik sahaja aku klik "book now", masuk la email bagitau booking confirmed. Dinasihatkan untuk mencetak pengesahan tempahan hotel, ada aku baca, imigresen akan minta nak tengok tempahan hotel.
Dari email tu ada la beri alamat, latitud gps, nombor telefon, no fax dan email hotel. Terus aku call hotel, nak confirm betul ke tak booking aku ada. Receptionist yang jawab, Ibnu kata sudah ada tempahan ibu. Wah gumbira sedunia....
Aku pun tanya ibnu tentang perkhidmatan teksi ke hotel. SEBAB!!!! dari pengalaman ke Jakarta, banyak hotel boleh arrange teksi untuk jemput di bandara. Melalui bacaan, bandara ke hotel, teksi bluebird caj Rp60K, Ibnu kata hotel akan arrange teksi Rp50K, siap nama aku dia tunggu kat arrival. Sukanya....
No comments:
Post a Comment