Sunday, March 31, 2013

Cameron Highland Mac 2013

Tarikh: 30 Mac 2013

Penat perkhemahan belum habis, tapi hati nak pergi jalan. Selama ni pun bukan pernah plan sangat kalau nak pergi, redah je. Kecuali trip ke Jakarta bulan depan, memang cuak juga sbb jauh.

Dari Teluk Intan ke Cameron Highland x jauh jaraknya, cuma perjalanan mendaki dan bengkang bengkok. Ada 2 pilihan, sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai.

Aku ikut Tapah sebab jarak lebih dekat dengan Teluk intan, kalau ikut Simpang Pulai, jarak lebih jauh sbb nak kurangkan bengkang bengkok. Jalan Tapah kalau dah biasa merempit macam aku boleh. X la, sebenarnya aku dh biasa naik Cameron, setahun mungkin 5-6 kali.

Dari Teluk Intan ke Tapah mungkin kurang sejam sahaja. Ambil mak di Sungai Manik, terus naik.

Seperti biasa mesti berhenti di Lata Iskandar, air memang sejuk. Kasi peluang anak2 nak mandi. Makanan banyak dijual, tandas pun ada. Cuma ada 2 kekurangan di sini, x ada tempat solat dan susah nak parkir. Kalau pandai parkir lurus di sisi garisan putih ok, but at your own risk.. Jalan berliku, kena kiss dgn tanker nasib korang.

Ni gambar kat Lata Kinjang

Lata Kinjang, Tapah

Azim

Lata Kinjang, Tapah

Azim

Azim

Azam

Azam






Mandi sekejap, terus naik, singgah di Petronas Ringlet. Solat zuhur dan isi petrol. Terus naik sampai ke Brinchang, mencari rosemary untuk dibawa balik. lepas tu turun ke pasar mencari makanan untuk bekal di tengah jalan. sekadar membeli nasi goreng dan kuetiow RM19 untuk 4 bungkus, ok la tu sbb ada 2 ketul ayam goreng dan telur mata kerbau. Strawberry langsung x beli, ntah x de rasa nak makan strawberry pulak..tapi sekarang menyesal sebab kalau ada mesti boleh buat, tart, kek atau jus....adeh menyesal.

Strawberry, kalau tanam kat Teluk Intan ni agak ada seminggu tak umurnya?


dalam pukul 6 sampai semula ke Petronas Ringlet, solat asar.. dan terus turun ke Teluk Intan. Jalan agak sesak, mungkin sebab ramai balik sempena cuti sekolah yang akan berakhir... sampai Teluk Intan sekitar jam 8 malam..alhamdulilah, anak2 happy, I'm happy.

No comments:

Post a Comment