Thursday, March 28, 2013

Pudina

Tarikh : 28 Mac 2013

Saya x pernah menanam pudina tapi banyak guna untuk buat air teh. Memang melegakan bila dapat minum teh pudina suam. Kalau lepas penat berkerja, very soothing.

Selepas baca dibeberapa blog bahawa pudina boleh ditanam secara keratan batang, bukan main semangat nak cuba.

Pudina ni murah aje kalau beli, sekian 50 sen, tapi x dapat simpan lama dah kecut. Baik tanam sendiri, nak guna petik aje sehelai dua daunnya.

Saya guna tanah hitam campur sikit dengan tanah merah berbatu. Pasu guna yang lebar, tak dalam sbb pudina akan mengambil ruang banyak dan x de akar tunjang.

Potong serong batang pudina yang agak tua. Celup pada penggalak akar terus tanam. Siram 2 kali sehari dan tutup dengan rumput kering.

Ni gambar pudina selepas seminggu, harap dia akan tumbuh subur.

Peppermint agaknya?


Zoom up
ada pasir la pulak..


No comments:

Post a Comment