Saturday, April 13, 2013

Saderi

Tarikh: 13 April 2013

Ni mula misi menanam saderi ataupun juga dipanggil daun sup. Daun sup ni memang banyak digunakan di rumah ni. Untuk masak sup sudah pasti. di tambah dalam telur dadar, mi goreng dan macam- macamlah.

Cuma tanam balik akar yang ada bila beli daun sup. tapi aku celup dulu dalam penggalak akar. daripada pembacaan, saderi perlu banyak air tapi tak boleh sampai bertakung sebab nanti akar akan reput. Pencahayaan sederhana, tak boleh terlalu terik.

Umur 5 hari.
Batang sup yang masih berbaki ni nampak teguh, ada harapan untuk terus hidup. setakat ni belum letak apa2 baja, tapi memang nak go organic. jadi setakat lebih atau kulit buah dan sayur2 ditanam dalam pasu. pokok kan perlu NPK, jadi untuk Kalium tu aku cuma ingat kat buah pisang je, misi mencari pisang le lepas ni.... lepas buat cekodok, kulit pisang aku tanam dalam pasu-pasu yanga da kat rumah ni. Untuk zat mineral lain, nanti le aku baca balik buku biologi ;)




No comments:

Post a Comment