Tarikh: 28 Disember 2015
Dia bernama Maggie. Wangi. Shrub. Bunga berjambak. Merah magenta warnanya.
Alhamdulillah.
jamaruziana@blogspot.com
Hidup ini satu perjalanan. Ada tawa dan air mata, semoga beroleh keredhaanNya di sepanjang kembara ini
Monday, December 28, 2015
Shiela's perfume rose.
Tarikh: 28 Disember 2015
Akhirnya dapat ID untuk ros ini. Terima kasih kepada sahabat Anand Shiva yang membantu untuk mengenalpasti ID.
Indahnya kamu Shiela's perfume.

Saturday, December 19, 2015
Roses... Love
Tarikh: 20 Disember 2015
Assalamualaikum, pagi Ahad. Bangun pagi terus pergi melawat anak-anak duri di depan rumah. Nak melihat siapa yang kembang berbunga.

Si cantik manis tanpa nama ni dah mula kembang. Bikin hati mama dug dag dug dag. So happy.
Monday, December 14, 2015
Rosa Amour. Yankee Doodle Rose
Tarikh: 15 Disember 2015.
Assalamualaikum,
Nak memperkenalkan salah satu pokok ros kesayangan saya. Namanya, Yankee Doodle.
Warnanya merah jambu dengan bawah kelopak berwarna kekuningan. Bunganya keluar sekuntum-sekuntum. Boleh sebesar tapak tangan setiap kuntum. Wangi.
Rajin berbunga pokoknya. Boleh berbunga sepanjang tahun. Pokoknya tinggi, tak perlu pancang.
Pokok ni beli di Pasar tani Teluk Intan. RM12 sahaja, tanpa ID. Kemudian rakan di Facebook memberitahu kepada saya namanya. Terima kasih sahabat rosarian.
Sekarang dapat rumah banglo untuk Yankee Doodle. Sebab duduk dalam tong sampah.
Jumpa lagi.

Yankee Doodle Rose. |

Rosa Amour. Pasu untuk ros.
Tarikh: 15 Disember 2015.
Assalamualaikum,
Setahun saya tidak menulis di sini. Kesibukan kerja hakiki dan bisnes banyak menghalang usaha untuk menulis.
Hari ni nak update tentang ros. Ya, bunga ros. Setakat hari ini, saya ada koleksi sebanyak 21 pokok (saya rasa berlainan jenis).
Semuanya ditanam dalam pasu. Kebanyakannya dalam pasu saiz biasa, 10". Saya guna pasu plastik keluar Baba's. Harga terkini, RM8.00. Pertama, pasu ni diperlukan dari plastik terbiodegradasi. Cikgu kimia katakan, kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar perlu diamalkan. Kedua, pasu ni ringan. Mudah nak dialihkan. Ketiga, tidak mudah pecah berbanding pasu terracotta. Kejiranan ni masih ramai anak-anak berlainan di harapan rumah. Jadi risiko dilanggar dan disondol basikal amat tinggi.
Untuk pokok ros yang jenis besar saya tanam terus dalam tong sampah. Betul, tong sampah. Harga tong RM10.90. Supaya akar pokok dapat berkembang dengan baik.
Cerita penjagaan akan dikongsikan dalam post akan datang, insyaallah.
Nota: Kesemua gambar adalah koleksi peribadi.

Thursday, October 16, 2014
Membakar kek dalam pressure cooker Noxxa lagi
Kali ni guna tepung premix optima?
pukul sebiji buttercup dengan 5 biji telur, tambah vanilla, tepung optima dan warnakan ikut kreativiti.
Lapik inner dengan kertas minyak. Masukkan adunan kek.
Tutup penutup, pusing tombol penutup ke arah steam.
Tekan function steam 28x, kemudian tekan on.
Sepanjang 28 min akan ada bunyi beep, abaikan saja.
Bila dah 00 pada timer. Buka penutup, cucuk tengah kek dengsn lidi untuk periksa sama ada kek dah masak atau tidak. Jika basah pada lidi, tutup semula penutup, tambah steam 5 min lagi atau sehingga kek masak iaitu lidi kering bila dicucuk pada tengah kek.

Monday, October 6, 2014
Cili Api Buang Sulung
Tarikh: 4 September 2014
Seronoknya dalam hati. Alhamdulillah. Dah nak keluar hasil. Pokok yang disemai dah mengeluarkan hasil. Pokok cili organik. Baja buat sendiri, racun pun buat sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)