Assalamualaikum,
Setahun saya tidak menulis di sini. Kesibukan kerja hakiki dan bisnes banyak menghalang usaha untuk menulis.
Hari ni nak update tentang ros. Ya, bunga ros. Setakat hari ini, saya ada koleksi sebanyak 21 pokok (saya rasa berlainan jenis).
Semuanya ditanam dalam pasu. Kebanyakannya dalam pasu saiz biasa, 10". Saya guna pasu plastik keluar Baba's. Harga terkini, RM8.00. Pertama, pasu ni diperlukan dari plastik terbiodegradasi. Cikgu kimia katakan, kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar perlu diamalkan. Kedua, pasu ni ringan. Mudah nak dialihkan. Ketiga, tidak mudah pecah berbanding pasu terracotta. Kejiranan ni masih ramai anak-anak berlainan di harapan rumah. Jadi risiko dilanggar dan disondol basikal amat tinggi.
Untuk pokok ros yang jenis besar saya tanam terus dalam tong sampah. Betul, tong sampah. Harga tong RM10.90. Supaya akar pokok dapat berkembang dengan baik.
Cerita penjagaan akan dikongsikan dalam post akan datang, insyaallah.
Nota: Kesemua gambar adalah koleksi peribadi.
No comments:
Post a Comment