Saturday, November 30, 2013

Pengguna bijak, dilemma permintaan dan penawaran.

Tarikh: 1 Disember 2013

Rutin pagi Ahad, sebaik menghantar anak-anak ke latihan taekwondo terus sahaja ke pasar tani di Teluk Intan. Hati dah berkira-kira nak masak mee goreng basah petang ni. Jsdi senarai barang nak dibeli antaranyanya sayur-sayuran dan sebungkus mee kuning. Dalam peti ais ada kulit udang, boleh direbus untuk stok udang.

Sebaik tiba, aku terus ke gerai sayur yang penjualnya semua memakai baju oren dengan lambang 1Malaysia. Mudah bagiku macam - macam sayur ada, murah lagi. Aku minta sebungkus mee, dari plastik besar aku lihat dia keluarkan sebungkus.  Aku sempat pula membelek.  Cap Masjid. Bungkusan lutsinar dengan masjid berwarna hijau.

Alangkah terkejutnya aku bila aku pusing dibelakang bungkusan. Keluaran: YXX XXX, Jalan Manggis, Kampar. Bagiku ini bukan strategi pemasaran tapi ambil kesempatan. Daripada nama syarikat aku pasti bukan pengeluar Muslim tapi kenapa guna gambar rumah Allah? Marah sungguh aku, tak jadi aku beli.

Realitinya susah mencari produk makanan keluarkan Muslim. Pernah aku beli satu jenama keluaran muslim untuk buat mee kari, merah menyala bila kena serbuk kunyit. Ada asid borik, pengawet yang diharamkan.. dilemma sungguh.


No comments:

Post a Comment