Thursday, October 16, 2014

Membakar kek dalam pressure cooker Noxxa lagi

Kali ni guna tepung premix optima?
pukul sebiji buttercup dengan 5 biji telur, tambah vanilla, tepung optima dan warnakan ikut kreativiti.

Lapik inner dengan kertas minyak. Masukkan adunan kek.

Tutup penutup, pusing tombol penutup ke arah steam.

Tekan function steam 28x, kemudian tekan on.

Sepanjang 28 min akan ada bunyi beep, abaikan saja.

Bila dah 00 pada timer. Buka penutup, cucuk tengah kek dengsn lidi untuk periksa sama ada kek dah masak atau tidak. Jika basah pada lidi, tutup semula penutup, tambah steam 5 min lagi atau sehingga kek masak iaitu lidi kering bila dicucuk pada tengah kek.




Monday, October 6, 2014

Cili Api Buang Sulung

Tarikh: 4 September 2014

Seronoknya dalam hati. Alhamdulillah.  Dah nak keluar hasil. Pokok yang disemai dah mengeluarkan hasil. Pokok cili organik. Baja buat sendiri, racun pun buat sendiri.






Roti Kacang Merah Breadmaker Noxxa

Saya buat roti ni guna menggunakan breadmaker Noxxa.




Uli, guna function 4.
Selepas 30 min, buka pintu oven, tekan stop.
Keluarkan doh, bentukkan bulat, isikan inti kacang merah.
Susun dalam loyang.
Rehat utk naikkan doh
Sapukan eggwash
Bakar 15 min 180C.



Kek Minyak Pressure Cooker Noxxa

Saya buat kek minyak guna pressure cooker Noxxa.
Guna function steam, 40 min.

Kalau ikut resepi asal 28 min saja tapi saya tengok basah dan cair lagi ditengahnya sebab itu saya tambah lg 5 minit setiap kali sehingga 40 min saya berhenti.

Layan gambar dulu




Resepi diolah dari Zalina Long


Tuesday, September 30, 2014

Roti Pita Breadmaker Noxxa

Saya buat roti pita guna breadmaker Noxxa dari Amway
Mudah, cepat.
Saya suka buat roti sendiri sebab tak nak ada pengawet dalam roti.
Kalau nak beli breadmaker Noxxa boleh hubungi saya 0129060076.


Wednesday, September 24, 2014

Sup Tulang Pressure Cooker Noxxa

Pos tertunda

Saya jual pressure cooker Noxxa
Cash atau ansuran 4x

Kali ni saya buat sup tulang
Biasa sup tulang ambil masa 2 atau 3 jam atas dapur.
Tapi guna pressure cooker hanya 40 minit.



Kek Pisang Pressure Cooker Noxxa

Post tertunda

Saya jual pressure cooker Noxxa. Cash atau ansuran 4x. Boleh berhubung dengan saya 0129060076.

Untuk kek pisang ni, saya guna function steam 20 min.
Tuang je terus adunan dalam inner yang telah dilapik kertas minyak.






Thursday, August 28, 2014

Tomato, biasa dan luar biasa

Tarikh: 29 Ogos 2014

Perkembangan terkini pokok tomato. Pokok-pokok ni darinsatu semaian. Tak disemai pun, sisa tomato masuk dalam tong pokok mata kucing, tumbuh. Bila agak sedang dan kuat. Pindahksn.

Yang tanam cara biasa ni dalam pasu beli di Daiso. 3 pokok x 3 pasu. Tambah 2 pokok dalam botol minyak 5 liter.



Yang dua lagi ni saja nak cuba kaedah tanam terbalik. Macam terseksa pokok tu nak mencari cahaya...


Friday, June 27, 2014

Cili Benggala Kuning Semakin sihat

Tarikh: 27 Jun 2014

Ni pokok cili benggala yang dulu macam nak jalan sangat. Alhamdulilah dah sihat. Masih dikurung dalam botol, trauma dengan serangan bena putih.

Dibaja dengan CaP, LAS dan CaMg. Spray juga dengan larutan sabun,  minyak dan cuma epad





Ketumbar Jawa

Tarikh: 27 Jun 2014

Pemberian Jiran yang baik hati



Sunday, June 15, 2014

Lacto Basillus Serum

Tarikh: 16 Jun 2014

Semalam membuat baja. Daripada diskusi dengan rakan-rakan dan pembacaan, serum ini dapat membantu tumbesaran pokok dan digunakan untuk kawalan biologi. Kemudian LB akan menambah kesuburan tanah.




Cara membuat:

100ml air beras yang disimpan seminggu dicampur dengan 1000ml susu segar. Tutup dengan kain. Label. Simpan seminggu pada suhu bilik.

Lapisan dadih di atas diasingkan. Gaul dengan tanah sebagai baja.

Cecair di bawah disukat isipadu dan campur dengan gula merah sama banyak, 1:1.

Simpan dalam peti ais

Penggunaan:

Cairkan LBS dengan air bertapis dengan nisbah 1:20.

Sembur pada keseluruhan pokok.

****Saya budak baru belajar. Terima kasih kawan FB Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri, Kak Nera Azlin dll. Tq

Friday, June 13, 2014

Lawatan PM, DS Mohd Najib Ke Teluk Intan

Tarikh: 14 Jun 2014

PM datang melawat Teluk Intan. Helikopter sampai tepat jam 10 pagi. Bagus, punctual. I like it. Isteri PM tiada bersama.

Waktu itu kami minum di Speedy. Berlari anak, Azam dan Azim nak ambil peluang bersalam.





Sunday, June 8, 2014

Salad No 4. Hari 11

Tarikh: 8 Jun 2014

Terkini, selepas 11 hari. Ini pokok pertama yang bercambah. Setinggi setengah inci. Siram air pun masih guna spray air yang halus. Pokok ni masih lembut.


Hanya empat daripada enam semaian
yang berjaya bercambah. Walaupun baru ada dua helai daun, terus aku pindahkan dalam pasu besar. Tanam terus dengan pasunya. Tanah dalam pasu ni dah disiapkan sejak 28 Mei 2014 dicampur dengan tinja.

Saturday, June 7, 2014

Baja CaP Kulit Udang Selepas Seminggu

Tarikh: 8 Jun 2014

Baja dah seminggu dalam simpanan. Bau ada macam belacan udang geragau, warna perang macam teh o. Kena simpan lagi 12 hari.



Cili Benggala Kuning Pindah Masuk Pasu Tanah Bakar Ulat Gendon

Tarikh: 7 Jun 2014

Puas hati. Tanah dari pasu tomato yang ada ulat gendon/ kekek dah selamat aku bakar dalam oven. Suhu 250C, 20min.

Jumpa 3 ekor yang besar dan banyak yang saiz halus hujung lidi. Semua mati. Harap telur pun mati. Kecewa bila pokok tomato aku bantut.

Masukkan juga kulit telur dan sisa sayur yang layu dalam pasu. Pindahkan anak cili benggala kuning pun bantut gara-gara ulat ni. Sebelum tu, anak pokok ni dibasuh dan direndam dalam air supaya sisa tanah asal juga telur ulat jika ada akan hilang dari akar.



Harap dalam masa seminggu, pokok ni ada pertumbuhan.

Friday, June 6, 2014

Menyemai Kailan Dalam Kulit Telur

Tarikh: 7 Jun 2014

Hari ni menyemai kailan lagi. Banyak kali juga dah menyemai, alhamdulilah semua hidup.

Cuma kali ni biji benih kailan diletak dalam kulit telur. Kemudian terus tanam kulit telur tu sama paras dengan tanah dalam pasu.

Kali ni buat label, terlebih rajin.


Wednesday, June 4, 2014

Salad No 4 Ada 1 Set Daun. Hari 8.

Tarikh: 5 Jun 2014

Hari ni baru betul-betul nampak 2 helai atau 1 set daun salad.

Gumbira..


Tuesday, June 3, 2014

Salad No 4 mula bercambah. Hari 7


Tarikh: 4 Jun 2014, Rabu.

Tarikh menyemai 28 Mei 2014, Rabu. Selepas seminggu, nampaknya ada sepokok salad yang bercambah. Kejayaan besar ni...

Nampak tak?




Yang ini, aku rasa rumpai. Yang ada dua daun tu...
Benih salad belum tumbuh.


6 pasu, baru satu bercambah. Sabar..



Sunday, June 1, 2014

Unknown Seedling Is Identified. Mango.

Tarikh: 1 Jun 2014

Selepas beberapa hari, aku dah semakin pasti yang anak pokok ni adalah anak pokok mangga. Jenis mangga lily. Masa tu kemaruk sungguh, makan sampai batuk hilang suara.  Dapat 3kg RM10 di pasar tani Teluk Intan.

Ni bila pulak patut aku alih ke pasu dia sendiri? Tolong cadang sikit...


Sekarang menumpang rumah pokok mata kucing.

Membuat Baja Organik CaP Resepi Salina Shamsudin

Tarikh: 1 Jun 2014

Terima kasih kepada Salina Shamsudin yang berkongsi resepi baja kalsium fosforus di Facebook, group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.

Aku gunakan kulit udang putih yang sentiasa ada stok dalam peti ais. Biasa disimpan untuk buat air rebusan mi. Niat nak buat mi rebus... tapi demi pokok bunga ros tercinta...rela.

Resepinya:
1 cawan kulit udang
5 cawan cuka makan

Kulit udang disangai dalam kuali. Sangai bermaksud tanpa minyak


Sehingga jadi begini. Sambil tu tekan-tekan biar hancur kulit udang tu.



Sukat 5 cawan cuka dan dimasukkan dalam bekas.


Masukkan kulit udang dalam cuka. Sepatutnya aku tumbuk dulu kulit udang supaya halus.
Pelajaran kimia Ting 5: Luas permukaan lebih besar akan meningkatkan kadar tindak balas

Aku masukkan waktu kulit udang ni masih panas.
Pelajaran kimia Ting 5: Suhu yang lebih tinggi akan meningkatkan kadar tindak balas.



Pemerhatian: Gelembung gas tanpa warna terhasil.

Inferens: Gas karbon dioksida terbebas daripada tindak balas peneutralan antara asid asetik dan kalsium karbonat.
*** saintifik sangat cikgu kimia ni...

Selepas 15 minit, warna larutan semakin perang. Kenapa ya?


Bila dah tak ada buih, tutup bekas. Label dan simpan selama 20 hari.


Sabar menunggu.


Saturday, May 31, 2014

Selamat Ulangtahun Ke-8 Azim

Tarikh: 31 Mei 2014

Berita terlewat. Kami memang kurang dalam hal-hal menyambut. Cukup sekadar makan-makan dan belikan hadiah (biasanya permainan) yang diminta anak.

Anak-anak pun dah biasa begini. Untuk Azim dia nak mainan lego, selesai. Sengaja aku singgah ke pejabat PNB di Teluk Intan untuk kemas kini  buku ASB kami, potongan gaji jadi kenalah semak.

Aku nampak poster Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2). Aku tanya lebih kurang pada pegawai di kaunter 3.

Lebih kurang ini maklumat  diberi.

  1. Khas untuk bumiputera
  2. Simpanan permulaan RM10 sahaja
  3. Setiap penambahan dalam gandaan RM10
  4. Tahun kewangan ialah 31 Mac
  5. Kononnya, siapa yang dah penuh ASB bolehlah berslih ke ASB2 (akaun kami bertiga tak penuh pun)
  6. Yang paling bagus kata pegawai tu, puan boleh dapat dividen 2 kali setahun. Jan untuk ASB dan April untuk ASB2.
  7. Isi sekeping borang sahaja. Nama borang aku lupa, rasanya pelaburan tambahan JIKA dah ada akaun ASB. Bawa KP dan surat beranak asal anak-anak.
Seperti mana aku baca dalam banyak artikel perancangan kewangan, pelbagaikanlah instrumen pelaburan untuk merendahkan risiko kerugian.

Beringatlah untuk masa depan Azam dan Azim. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.



Happy birthday Azim. Mak loves you.

Bunga Yesterday Today Tomorrow

Tarikh: 1 Jun 2014

Pokok bunga ni nama Inggerisnya Yesterday Today Tomorrow. Asal dari Brazil. Nama Melayu aku tak pasti, macam-macam versi. Ada yang panggil putih-putih melati, ada juga panggil bunga bedak.

Bunganya harum tapi BERACUN. Warna menarik, unggu tua, ungu muda dan putih dalam satu pokok.

Ini kali kedua aku tanam pokok ni, yang dulu mati entah kenapa mungkin serangan perosak di akar. Beli 29 Mei 2014, semalam baru aku masuk dalam pasu dari polibeg. RM9 sepokok.


Bunga ni adalah sebahagian daripada nostalgia waktu ksnak-kanak aku. Mengingatkan aku kepada arwah nenek dan ayah.

Kali pertama aku jumpa bunga ni mungkin masa aku berumur sekitar sekolah rendah. Bunga ni ditanam dalam kawasan Lembaga Padi Negara, LPN  (sekarang BERNAS) di kampung aku. Abah kerja di LPN dan arwah nenek ambil upah menjahit guni padi. Pak cik aku pulak tender kantin LPN masa tu. Jadi aku dengan mudah boleh masuk ke LPN.

Rindu arwah nenek dan ayah. ..alfatihah


Thursday, May 29, 2014

Menyemai Lobak Merah Kali Kedua, 29 Mei 2014

Tarikh: 29 Mei 2014

Kali kedua menyemai lobak merah. Untuk kali pertama,  bercambah tapi bila dialih mati.

Benih lobak merah mahal ok. Aku terkejut bila buka bungkusan benih ada mungkin 20-30 sahaja.


Aku pun tak pasti, jenis ni yang kecil comel atau king mscam nama dia.

Pasu kertas surat khabar, isi potting soil dan dilembapkan. Letak satu biji benih guna lidi. Tutup dengan sedikit topping soil supaya benih tak terbang.




Kali ini semai 12 pasu.

Tunggu perkembangan terkini..