Sunday, June 1, 2014

Membuat Baja Organik CaP Resepi Salina Shamsudin

Tarikh: 1 Jun 2014

Terima kasih kepada Salina Shamsudin yang berkongsi resepi baja kalsium fosforus di Facebook, group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.

Aku gunakan kulit udang putih yang sentiasa ada stok dalam peti ais. Biasa disimpan untuk buat air rebusan mi. Niat nak buat mi rebus... tapi demi pokok bunga ros tercinta...rela.

Resepinya:
1 cawan kulit udang
5 cawan cuka makan

Kulit udang disangai dalam kuali. Sangai bermaksud tanpa minyak


Sehingga jadi begini. Sambil tu tekan-tekan biar hancur kulit udang tu.



Sukat 5 cawan cuka dan dimasukkan dalam bekas.


Masukkan kulit udang dalam cuka. Sepatutnya aku tumbuk dulu kulit udang supaya halus.
Pelajaran kimia Ting 5: Luas permukaan lebih besar akan meningkatkan kadar tindak balas

Aku masukkan waktu kulit udang ni masih panas.
Pelajaran kimia Ting 5: Suhu yang lebih tinggi akan meningkatkan kadar tindak balas.



Pemerhatian: Gelembung gas tanpa warna terhasil.

Inferens: Gas karbon dioksida terbebas daripada tindak balas peneutralan antara asid asetik dan kalsium karbonat.
*** saintifik sangat cikgu kimia ni...

Selepas 15 minit, warna larutan semakin perang. Kenapa ya?


Bila dah tak ada buih, tutup bekas. Label dan simpan selama 20 hari.


Sabar menunggu.


No comments:

Post a Comment