Friday, January 3, 2014

ASB 2013

Tarikh: 3 January 2013

Bila masuk awal Januari,  rutin biasa bagi pelabur kecil macam aku ni..mengemas kini buku simpanan ASB.

Walaupun dah boleh agak jumlah  dividen daripada pengumuman oleh PNB, gatal juga nak tengok on paper atas buku simpanan sendiri

Alhamdulillah Teluk Intan ada pejabat ASNB, jadi tak perlu bersesak di pejabat pos atau bank. Boleh berurusan di RHB, Maybank dan CIMB.

Bila buka pintu nampak  full house! Nasib baik ada kaunter khas untuk kemas kini. Aku jeling juga kat orang yang ramai ni banyak pegang borang merah..

Tak sampai 10 minit beratur dah siap. Alhamdulillah.

Nota: Semua wanita mesti ada wang simpanan sendiri. No one can predict the future..


No comments:

Post a Comment