Thursday, February 27, 2014

Cuaca panas melampau

Tarikh: 28 February 2014

Sambil menunggu anak solat Jumaat, aku duduk bersila tumpang dengar khutbah Jumaat.

Selfie!


Petang bertugas di sekolah, ada mesyuarat PIBG. Selongkar kereta mencari tanda nama..

Name tag aku cair..

Suhu 33C

Selamat Ulangtahun ke-9 Mohamad Azamuddin

Tarikh: 19 February 2014

Kami makan di restoran Mary Brown, Teluk Intan. Hadiah kereta kawalan jauh yang sudah diminta Azam sejak tahun lalu. Ikutkan sahaja, setahun sekali.




Semoga berjaya di dunia dan akhirat anakku. Amin.

Kailan 28 February 2014

Macam-macam kailan

 Biji benih kailan, Rm2 sahaja.

Semaian hari ini. 5 pasu kecil. 2 biji benih tiap pasu.


Semaian pertama dulu, ni yang tinggal




Sunday, February 16, 2014

Cubaan pertama menanam kobis bulat, Minggu 1

Tarikh:15 Februari 2014

Benih beli dari kedai hardware di Teluk Intan. Kalau orang tempatan Teluk Intan tentu biasa bila sebut kedai tepi sungai. Sebungkus harga RM2.50 sahaja.

Biji benih disemai terus dalam pasu 10 inci. Satu lubang letak 3 biji, alhamdulillah semua bercambah. Nanti kena asingkan mereka bertiga ni bila dah ada 3 set daun.

Gambar ni selepas disemai seminggu. Belum nampak daun bergerigi.



Tanah campur beli di nurseri,  digaul dengan baja tahi ayam, kulit telur dan apa sahaja sisa dapur yang bebas minyak. Kita tunggu lagi seminggu dua ok.

Cili benggala sudah sebulan

Dalam botol 5 liter minyak masak. Nampak sihat.



Ada dua pokok, kedua-duanya dalam botol minyak. Jimat membawa berkat.

Setakat ini hanya guna sisa dapur macam kulit telur, kulit bawang, sayur sawi kering kontang dan juga baja tahi ayam.

Belum pernah diracun.

Pokok ni di bawah teduhan. Letak pada garaj. Jadi bengkok ke arah matahari. Setiap 2 hari akan pusing supaya batangnya lurus..

Saturday, February 1, 2014

Cubaan pertama menanam cili benggala

Cubaan pertama menanam cili benggala. Benih dapat dari cili benggala yang dibeli untuk buat piza. Cili benggala warna merah. Ada juga yang masak ranum warna kuning. Mungkin untuk projek seterusnya.

Benih disemai dalam 'rumah hijau'  dari kotak plastik kek. Idea diolah dari halaman berkebun luar negara di Facebook. Dapat mengekalkan suhu dan lembapan. Wap air terkondensasi bila kena penutup plastik, kira siram semula la. Siram pun perlahan je guna spray. Tanah campur digaul tahi ayam.



Alhamdulillah menjadi,  hidup dan mencambah dalam masa 3-4 hari.




Selepas seminggu baru dipindah dalam pasu botol minyak 5 liter. Masa ni ada 4 helai daun. Lemah lembut je membuat ni sebab anak pokok kecil sangat, tinggi dalam 2 inci sahaja.