Tarikh:15 Februari 2014
Benih beli dari kedai hardware di Teluk Intan. Kalau orang tempatan Teluk Intan tentu biasa bila sebut kedai tepi sungai. Sebungkus harga RM2.50 sahaja.
Biji benih disemai terus dalam pasu 10 inci. Satu lubang letak 3 biji, alhamdulillah semua bercambah. Nanti kena asingkan mereka bertiga ni bila dah ada 3 set daun.
Gambar ni selepas disemai seminggu. Belum nampak daun bergerigi.
Tanah campur beli di nurseri, digaul dengan baja tahi ayam, kulit telur dan apa sahaja sisa dapur yang bebas minyak. Kita tunggu lagi seminggu dua ok.
No comments:
Post a Comment