Tarikh: 27 Jun 2014
Ni pokok cili benggala yang dulu macam nak jalan sangat. Alhamdulilah dah sihat. Masih dikurung dalam botol, trauma dengan serangan bena putih.
Dibaja dengan CaP, LAS dan CaMg. Spray juga dengan larutan sabun, minyak dan cuma epad
Hidup ini satu perjalanan. Ada tawa dan air mata, semoga beroleh keredhaanNya di sepanjang kembara ini
Friday, June 27, 2014
Sunday, June 15, 2014
Lacto Basillus Serum
Tarikh: 16 Jun 2014
Semalam membuat baja. Daripada diskusi dengan rakan-rakan dan pembacaan, serum ini dapat membantu tumbesaran pokok dan digunakan untuk kawalan biologi. Kemudian LB akan menambah kesuburan tanah.
Cara membuat:
100ml air beras yang disimpan seminggu dicampur dengan 1000ml susu segar. Tutup dengan kain. Label. Simpan seminggu pada suhu bilik.
Lapisan dadih di atas diasingkan. Gaul dengan tanah sebagai baja.
Cecair di bawah disukat isipadu dan campur dengan gula merah sama banyak, 1:1.
Simpan dalam peti ais
Penggunaan:
Cairkan LBS dengan air bertapis dengan nisbah 1:20.
Sembur pada keseluruhan pokok.
****Saya budak baru belajar. Terima kasih kawan FB Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri, Kak Nera Azlin dll. Tq

Friday, June 13, 2014
Lawatan PM, DS Mohd Najib Ke Teluk Intan
Tarikh: 14 Jun 2014
PM datang melawat Teluk Intan. Helikopter sampai tepat jam 10 pagi. Bagus, punctual. I like it. Isteri PM tiada bersama.
Waktu itu kami minum di Speedy. Berlari anak, Azam dan Azim nak ambil peluang bersalam.

Sunday, June 8, 2014
Salad No 4. Hari 11
Tarikh: 8 Jun 2014
Terkini, selepas 11 hari. Ini pokok pertama yang bercambah. Setinggi setengah inci. Siram air pun masih guna spray air yang halus. Pokok ni masih lembut.
Hanya empat daripada enam semaian
yang berjaya bercambah. Walaupun baru ada dua helai daun, terus aku pindahkan dalam pasu besar. Tanam terus dengan pasunya. Tanah dalam pasu ni dah disiapkan sejak 28 Mei 2014 dicampur dengan tinja.

Saturday, June 7, 2014
Baja CaP Kulit Udang Selepas Seminggu
Tarikh: 8 Jun 2014
Baja dah seminggu dalam simpanan. Bau ada macam belacan udang geragau, warna perang macam teh o. Kena simpan lagi 12 hari.

Cili Benggala Kuning Pindah Masuk Pasu Tanah Bakar Ulat Gendon
Tarikh: 7 Jun 2014
Puas hati. Tanah dari pasu tomato yang ada ulat gendon/ kekek dah selamat aku bakar dalam oven. Suhu 250C, 20min.
Jumpa 3 ekor yang besar dan banyak yang saiz halus hujung lidi. Semua mati. Harap telur pun mati. Kecewa bila pokok tomato aku bantut.
Masukkan juga kulit telur dan sisa sayur yang layu dalam pasu. Pindahkan anak cili benggala kuning pun bantut gara-gara ulat ni. Sebelum tu, anak pokok ni dibasuh dan direndam dalam air supaya sisa tanah asal juga telur ulat jika ada akan hilang dari akar.
Harap dalam masa seminggu, pokok ni ada pertumbuhan.

Friday, June 6, 2014
Menyemai Kailan Dalam Kulit Telur
Tarikh: 7 Jun 2014
Hari ni menyemai kailan lagi. Banyak kali juga dah menyemai, alhamdulilah semua hidup.
Cuma kali ni biji benih kailan diletak dalam kulit telur. Kemudian terus tanam kulit telur tu sama paras dengan tanah dalam pasu.
Kali ni buat label, terlebih rajin.

Thursday, June 5, 2014
Wednesday, June 4, 2014
Tuesday, June 3, 2014
Salad No 4 mula bercambah. Hari 7
Tarikh menyemai 28 Mei 2014, Rabu. Selepas seminggu, nampaknya ada sepokok salad yang bercambah. Kejayaan besar ni...
Nampak tak?
Yang ini, aku rasa rumpai. Yang ada dua daun tu...
Benih salad belum tumbuh.
6 pasu, baru satu bercambah. Sabar..
Sunday, June 1, 2014
Unknown Seedling Is Identified. Mango.
Tarikh: 1 Jun 2014
Selepas beberapa hari, aku dah semakin pasti yang anak pokok ni adalah anak pokok mangga. Jenis mangga lily. Masa tu kemaruk sungguh, makan sampai batuk hilang suara. Dapat 3kg RM10 di pasar tani Teluk Intan.
Ni bila pulak patut aku alih ke pasu dia sendiri? Tolong cadang sikit...
Sekarang menumpang rumah pokok mata kucing.

Membuat Baja Organik CaP Resepi Salina Shamsudin
Tarikh: 1 Jun 2014
Terima kasih kepada Salina Shamsudin yang berkongsi resepi baja kalsium fosforus di Facebook, group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Aku gunakan kulit udang putih yang sentiasa ada stok dalam peti ais. Biasa disimpan untuk buat air rebusan mi. Niat nak buat mi rebus... tapi demi pokok bunga ros tercinta...rela.
Resepinya:
1 cawan kulit udang
5 cawan cuka makan
Kulit udang disangai dalam kuali. Sangai bermaksud tanpa minyak
Sehingga jadi begini. Sambil tu tekan-tekan biar hancur kulit udang tu.
Sukat 5 cawan cuka dan dimasukkan dalam bekas.
Masukkan kulit udang dalam cuka. Sepatutnya aku tumbuk dulu kulit udang supaya halus.
Pelajaran kimia Ting 5: Luas permukaan lebih besar akan meningkatkan kadar tindak balas
Aku masukkan waktu kulit udang ni masih panas.
Pelajaran kimia Ting 5: Suhu yang lebih tinggi akan meningkatkan kadar tindak balas.
Pemerhatian: Gelembung gas tanpa warna terhasil.
Inferens: Gas karbon dioksida terbebas daripada tindak balas peneutralan antara asid asetik dan kalsium karbonat.
*** saintifik sangat cikgu kimia ni...
Selepas 15 minit, warna larutan semakin perang. Kenapa ya?
Bila dah tak ada buih, tutup bekas. Label dan simpan selama 20 hari.
Sabar menunggu.

Subscribe to:
Posts (Atom)