Friday, April 26, 2013

Jakarta 2013: Selamat Pulang ke Malaysia


Tarikh: 21 Mac 2013

Hari ni balik ke Malaysia. Memang bangun awal  sebab surau ada 2-3 buah keliling hotel, bunyi azan memang jelas. Barang dah packing malam tadi. Lepas bersiap semua barang terus turun sarapan dengan bawa semua beg.

Strateginya, masa datang bawa 3 bagpack kosong sebagai hand-luggage, semua baju aku dan anak-anak masuk dalam bagasi. Untuk balik, semua baju kotor bahagikan kepada 3 bagpack tadi, barang shopping masuk dalam bagasi.

Turun bersarapan jumpa pulak rombongan Cikgu Sungip dari PPD. Mereka baru tiba dari Bandung malam tadi. Ramai, 20 orang. Terkejut mereka yang kami tak ada ikut pakej mana-mana walaupun kali pertama datang Jakarta. Azim sengih-sengih sebab jumpa kawan sekelas dia masa di cafeteria hotel.

Check out, sementara tunggu teksi yang aku tempah ari receptionist kami pergi jalan-jalan di sekitar kawasan hotel. Mak beli kasut kulit sapi (lembu), baru Rp60K…menyesal aku tak beli juga…





Beli juga kuih daripada penjaja, sedap juga..nama dah tak ingat. Rasa tepung beras campur kelapa kemudian tuang dalam acu, taburkan gula kabung.



Depan hotel









Lebih kurang jam 9 pagi waktu Indo, kami pun naik Avanza dari hotel ke Bandara. 



Tips, kalau minta teksi dari hotel ini tambang baru Rp175K tapi kalau naik teksi Bluebird, Rp200K. Supir nama Hj Epen bilang “Ibu jika datang lagi, waktu booking itu minta dijemput sama saya Hj Epen sama receptionistnya. Bilang aja tiba jam berapa, nombor penerbangan juga..saya bisa tungguin”. Perjalanan lancar, setengah jam dah sampai.

Tips kedua, jangan masukkan bagasi terlalu awal sebelum 2jam waktu penerbangan. Sebab bila masuk tu ada security check, dah tak boleh keluar dari kawasan check-in luggage selagi belum masukkan bagasi untuk ke luar kawasan airport atau ke kawasan boarding.  Kawasan check-in luggage tu tak ada restaurant ke apa ye..tandas aje ada. Melangut la kami anak beranak tunggu sejam setengah. Azam dan Azim dah mula la lapar la, bosan la macam-macam hal. Aku dok belek bunga orkid aje kat situ, bunga segar ok, ada banyak sangat.



Pukul 11 baru kaunter buka. Bila nak timbang bagasi aku memang cemas…ciss sekali lagi baru 25 kg, kata pegawai tu, “masih bersisa 5kg ya ibu”. Patut aku borong lagi kain pasang sulam reben tu semalam. Masa ni la kita kena bayar cukai, seorang Rp150K, total Rp600K dah siap aku steppler asingkan sejak di Malaysia lagi.

Lepas tu baru boleh masuk kawasan Boarding. Dah pukul 12 masa tu, anak pun lapar, aku belikan 2 bungkus nasi goreng aje gara-gara dah kehabisan duit rupiah. Tips, jangan habiskan duit rupiah. Standby le dalam Rp300K untuk kudapan masa di Bandara, aku memang tak jumpa money changer. Siap pesan kat Azim dan Azam, kita tak beli air ye, duit Indon dah habis..minum air mineral mak bawak tadi aje ok..Sian anak aku..













 Kawasan boarding memang luas, tapi ada 2 aje plug untuk mengecas ..dah kena cop dengan 2 apek, out sudah batteri hp aku.. ada ruang khas macam bilik untuk merokok. 


Pegawai kastam tu mesra aje..tak macam amsa kat Malaysia.. “ibu sampai di sini aja minumnya, air tidak boleh di bawa ke dalam pesawat”. Yang kat Malaysia tu kerek semacam, menyampah aku bila ingat pegawai Airasia kat Malaysia.


Dalam pesawat, kepala aku pun dah mula pening, ate manje benorr.. ke memang takdir aku ni taraf jadi derebar aje.. Tak lalu nak makan, Azam makan nasi padang yang aku dah tempah, 2 pek ok. Sekali lagi pesan pada anak-anak, mak tak beli air ye duit indo dah habis.. Betul aku dah agak, dalam pesawat semua jual guna duit rupiah. Jadi nengok aje la..duit tinggal Rp23K aje..sedihhh




Sampai sekitar jam 4.25 waktu Malaysia, selepas ambil bagasi dan pemeriksaan kastam, aku terus ambil kereta di parkir. Bayaran parkir RM80.50. Terus memandu balik ke Teluk Intan..Alhamdulilah

Ini aje la barang nak dibeli semasa di Jakarta... InsyaAllah akan datang lagi.


Tuesday, April 23, 2013

Jakarta 2013: Hari Kedua.. . Monas, Kota Tua dan Tanah Abang

Tarikh: 20 April 2013

Hari kedua di Jakarta, agenda agak penuh. Bukan sekadar shopping ok. Nak melawat kawasan sejarah juga di Jakarta ni.



waktu ni baru jam 7 pagi



Ni kawasan belakang hotel, setinggan juga, ada surau lagi



Azim



Azam dan nenek



Sarapan dulu buat lapik perut


Bihun ke suun entah?



Cari ojek, nak ke Monas. Rp25K sebuah, murah juga sebab agak jauh..kali ni kena pakai helmet

Tugu ada banyak pada bulatan dan persimpangan di Jakarta ni.



 Mak, ojek dan Monas



Pintu masuk Monas







Monumen Nasional



Jualan t-shirt Monas..tak ada lengan panjang. sepasang untuk anak aku sekitar RM7 aje, hehe murahkan? Beli 5 pasang.



Ada tandas bergerak,



Puas hati dapat beli burung garuda tu Rp7K satu, mahal!



Mummy dah comot





Aku ingat polis bersenam, rupanya pak guard..



Setakat ni aje kami larat jalan, pintu masuk sebelah sana, jauh nak berjalan... matahari dah terik tapi seriously mas ani di Indo baru jam 8 .45 pagi.



Muka bosan dan penat dalam bajai





Orang baiki landasan keretapi





Mangga Dua, tak sempat..next time ok





Jaga jarak



Bajai Rp40K  membawa kami dari Monas ke Kota Tua



Orang ramai sangat di Kota Tua, aku pun tak tahu apa festival yang ada masa tu tapi memang ramai la..



Orang kat meriam tu orang betul ok. mekap macam tugu.



Hehe..sewa basikal dan jurupandu untuk bersiar di sekitar Kota Tua. Kota Tua ni kawasan peninggalan Belanda. Bayarannya satu basikal Rp40K, jadi bayar Rp120K untuk 3 basikal termasuk jurupandu. Layannnnn



Lawatan pertama, Toko Merah. Mula-mula dibina oleh Belanda untuk rumah gabenor. pastu panjang sangat ceritanya, diambil alih oleh ahli perniagaan Cina akhirnya. Ada fi masuk, aku x masuk jadi tak tahu bayaran.





















Jamabatan ni dibina lama dulu, juga sekitar 1800 kalau tak salah. ada 3 tujuan pembinaan, 1. untuk menghubungkan antara kedua bahagian Jakarta yang terpisah oleh sungai. Sebab kedua dan ketiga aku dah tak ingat ;) waktu kapal lalu, jambatan ni boleh diangkat untuk dipisahkan dibahagian tengah. Bayar Rp2k pada makcik yang berniaga kat depan ni, sekadar untuk dia jaga kebersihan kawasan ni.















 Abaikan aje sungai macam longkang tu




Nampak tak bahagian tengah yang boleh diangkat pada masa silam menggunakan tuil untuk beri laluan kapal lalu lalang.













 Nama sekarang


Meneruskan kayuhan ke Menara Syahbandar. Kalau tak salah dibina tahun 1800an.. lama betul, ampuh kayunya ni. Memerhatikan sekeliling kawasan Jakarta dan kapal keluar masuk. Boleh naik menara ni, ada tangga. Aku tak naik, gayat. Fi masuk Rp10K untuk kami berempat termasuk sekali dengan Muzium Bahari.







Rumah navigasi (kalau tak salah aku la)



It's me ;)















Jalan kaki aje dari Menara Syahbandar. Aku ingat Muzium Bahari ni maksudnya muzium lama sebab dalam bahasa banjar bahari = lama, rupanya bahari = laut. Dibuat oleh Belanda sebagai gudang rempah ratus, diambil alih oleh jepun juga dijadikan sebagai gudang semasa perang.

















 Tong air minum waktu di atas kapal





Baling-baling / kipas



 Pendayung kapal, besar betul..siapa la yang larat menngayuh ni?








Lantai asal Muzium sebelum dibaik pulih supaya tak dinaiki air waktu air laut pasang besar. "Pintu dia memang gede.. kayak pintu kastil"




Replika kapal perang Majapahit













 Replika kapal perang Belanda


 Rumah api



 Dugong awet



 Potret Fathahillah



 Potret seorang laksamana wanita



Potret Patih Gajah Mada



Muzium ni besar ok








Sampan dari Papua, menurut juru pandu, sampan ni dibuat dari sebatang pokok sahaja, diukir sepenuhnya.







Jenis sampan dari Kalimantan









Replika kapal untuk dijual







Dari Muzium Bahari, meneruskan kayuhan ke Pelabuhan Sunda Kelapa. Bayar entri Rp5000. Aku tak sanggup nak kayuh terus, panas terik..setakat kat enterance aje. Pelabuhan ni untuk kapal dagang sekitar Indo sahaja.. dah lama pelabuhan ni, dibuka oleh Fathahillah.









Happy face



Dari Pelabuhan Sunda Kelapa balik ke Kota Tua, kemudian kami naik bajai ke Tanah Abang, baru separuh jalan aku nak muntah sangat..Trafik terlalu sesak, bau asap panas terik. aku minta berhenti di separuh jalan, cari ojek..sambung perjalanan ke Tanah Abang. Supir ojek pesan "Ibu hati-hati ya sama anaknya, dipegang takut hilang. uangnya disimpan rapi-rapi banyak pencopet"

Fuiyoooo banyak kedai kain, macam-mcam ada lebih happening daripada Thamrin City.
Naik je lantai 8, jumpa foodcourt Blok A Tanah Abang.. aku pening sangat...



Azim dan burger, sedap..rotinya sangat lembut



Azam dan ayam goreng, tak dapat dipisahkan



Nasi padang Rp29K, sedap juga and extra pedas tapi aku pening..cuaca terlalu panas..aku siap tertidur kat meja foodcourt ni.



Bakso, harga Rp24 500. Bebola dia memang best.



Dinasour menyerang Indo...!



Pemandangan jakarta di waktu malam



Keluar dari hotel, naik ojek, minta di bawa ke Rumah Makan Sederhana. Rp10K aje katanya..oh memang dekat la.. Nak jadi cerita, supir ojek yang aku naik ni tak tahu di mana Rumah Makan Sederhana, dia bawa aku dan Azim meronda sana sini mencari restoran tu. Dia dah terpisah dari ojek yang bawa mak.. Aku memang dah bengang sebab macam mana boleh terpisah dgn mak, sepatutnya dia tahu tempat baru boleh ambil penumpang. Dia bawa ke Rumah Makan Sederhana berhampiran Thamrin City.. Mak dan Azam tak ada di sana, memang aku dah takut.. Jangan hilang pulak mak dan anak aku. Aku pesan pada pekerja restoran kalau jumpa ibu nama Azizah bersama anak kecil pakai baju biru (mujur Azam dan Azim pakai baju sama, minta dia pulang ke hotel segera). Aku suruh hantar balik ke hotel, tunggu mak di sana. Rupanya mak dah ulang alik 2 kali ke hotel mencari kami. Memang aku dah bengang, dah la lapar... Terus aku minta hantar ke Rumah Makan Sederhana yang paling dekat, dua ojek tu pun terus tunggu sampai kami habis makan.. "ibu makannya santai aja ya". Agaknya dia dah malu alah dengan aku.

Bila masuk restoran makanan padang ni, dia akan tunjukkan meja berdasarkan bilangan orang yang datang. Dia terus hidangkan macam kat bawah ni..hambik kauuuuuuuu. Dihidangkan juga teh o tawar suam. Aku minta teh es manis dengan harapan bukan la rasa macam di D'Cost..ciss sama rupanya ada rasa bunga melur. Terus aku tambah order air mineral dan air kelapa. Air mineral di sini disebut aqua ok.

Aku terus asingkan lauk yang tak nak makan ke meja sebelah. Nanti kena kacau dengan anak aku, habis semua kena bayar.. Hanya yang dimakan aje akan dikira untuk bil.



Semua sekali bil dalam Rp127K. Ok la, memang murah bagi aku.. Sedap..pasti aku akan datang lagi. Rumah Makan Sederhana ni ada banyak cawangan di seluruh Indonesia. Naik ojek, terus balik hotel.. mengemas barang untuk balik esok dan Zzzzzzzz