Monday, June 17, 2013

Florantasi Gunung Bunga Buah: Hari pertama

Tarikh: 5 June 2013

Hari yang ditunggu dah sampai.. Janji bertolak dari sekolah jam 5 pagi, tapi sebab ada yang lambat selepas solat subuh baru gerak dari sekolah..lebih kurang jam 6 pagi.




Sarapan di kedai kak yang di Tanjong Malim. Pesan siap, kome beli bekal untuk lunch terus..saya tak masak lunch ok




kami dah sampai di genting...menunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu orang2 penting menghantar surat-surat kepada pihak berwajib
aku, cikgu rokhi, cikgu azam, helpers dan peserta semua tunggu berhampiran dengan Hotel Seri Malaysia, Genting Highland. Tunggu, lapar, tunggu, bosan, lapar, makan.





makan kali kedua pagi ini.


abaikan muka cari glamour, mula mendaki.. sekitar jam 10.30 pagi ikut depan mamak, terus ke kiri sampai hujung naik ke kawasan kebun sayur.







ni dia permulaan pendakian...tanah di dada, mungkin 80 darjah atau lebih.



baru mula, aku dah minta nyawa... biasa la setengah jam pertama memang paling menyeksakan...stamina dah kurang...latihan pun x buat..seminggu sebelum pergi tiap malam pasang niat nak gi jogging..bila subuh...sekadar niat aje.

helpers KRS yang setia, malayan cikgu-cikgu tua macam aku dan cikgu Rokhi... kami jaga line belakang aje..(ayat pujuk diri sendiri)

Bila jumpa jalan tar ni suatu kelegaan, tapi bila jalan jauh, memang sakit tapak kaki...mendaki sikit. berhenti sekejap minum2. terus ke kiri sampai habis tar


anei



haziq


diameter dia ni dekat besar ibu kaki, tak pernah jumpa besar macam ni...aku suka2 je panggil ulat gongggok hitam. panjang lebh 1' ok



pose, kejap lagi..tak kose



flora 1


flora 2




Flora 3


Flora 4

Flora 5

Flora 6


flora 7


Ulat gonggok ke 2 tapi berwarna merah...saiz sama macam tadi

masa ni ada juga nampak lipan bara, size dia memang luar biasa la...besar dan panjang..alhamdulilah mata ni cekap nampak..kalau tidak memang parah... risau terpijak aje


flora (lost my count)


Mula hujan (mula keluarkan baju hujan yang aku beli kat 7E, harga RM2.40) ringan, mudah koyak..tapi sungguh berjasa



solat zuhur dan asar, masa ni tepat jam 2pm




tengokla betapa lebat dan deras air ni..kat dalam hutan pun sampai jernih air dia








Tiba di Rock Garden sekitar jam 6 petang...sungguh terseksa










setakat ni aje gambar hari ni, sebab selepas ni kami mendaki menggunakan lampu suluh...memang sedih dan kecewa juga sebab pelajar tak ikut arahan kami..dah pesan bawa lampu suluh..ramai tak bawa..pesan bungkus baju dalam plastik, tak buat...suruh pakai seluar tight, x pakai...

masa ni dah ada 4 group kami terpecah, sampai setakat jam 9 malam kami berhenti dan buat keputusan berkhemah disitu walaupun tak sampai puncak. terus masak nasi dan air untuk makan malam.

ok, aku kena pacat sekali aje. bajet stokin bola tinggi sampai peha..sekali bila nak buang air kecil, jatuh sekor dari pinggang aku..hampir histeria aku dibuatnya..

malam tu tidur atas khemah, bukan dalam khemah. sempit tak boleh pacak khemah, jadi bentang aje...bubummmmm.....

No comments:

Post a Comment