Tarikh: 29 Mei 2013
Selesai perkhemahan KRS peringkat negeri, aku pun mula dengan persiapan untuk perkhemahan di Gunung Bunga Buah. pada 5 - 6 Jun 2013
Aku baru aje merancang menu untuk kami semua, dijangka seramai 30 orang termasuklah peserta, helpers dan 4 orang guru ( aku, rokhi, azam dan alias..... we as usual)
Aku uruskan makan peserta, yuran dan borang kebenaran sahaja. Yang lain cikgu lelaki yang bertiga tu uruskan.
Harap semua akan berjalan lancar, aku pun tak dapat nak bayangkan macam mana nak melawan kesejukan bila berkhemah di puncak nanti. Apatah lagi nak memasak sepenuhnya di puncak dengan bekalan air yang terhad.
InsyaAllah akan mudah semuanya..
No comments:
Post a Comment