Tuesday, May 28, 2013

XPDC Berbasikal Teluk Intan - Teluk Batik

Tarikh: 10 - 11 Mei 2013

Aku sekadar guru pengiring. Guru pengiring lain Azam, Wan Yunus, Rokhi, Roslan, Hadi, Naz dan Ain. PK yang ada Cikgu Alias dan Cikgu Asmuni, taklupa YDP PIBG En Yusuf.

XPDC dirasmikan oleh YB Changkat Jong, En Azhar Jamaluddin lebih kurang jam 8.30 pagi. Xpdc kami diiringi oleh polis trafik dari IPD Teluk Intan dan IPD manjung.

Memang semangat betul budak-budak ni mengayuh basikal di bawah terik matahari. Pit stop pertama di sebuah masjid di Seberang perak, berhenti makan sarapan pagi. Kesian budak-budak ni...aku aje yang lembut hati sangat

Teruskan mengayuh dan berhenti beberapa kali. Basikal pun dah ada yang meragam, pancit dan rantai putus.

Berhenti solat Jumaat di surau diri Jumaat Padang Tembak, Teluk Muruh. Sengal juga aku rasa bila menyuruh budak-budak solat, diorang pulak buat-buat lari... Malu dengan cikgu agaknya, masuk juga ke masjid.. aku tertidur sambil menjaga basikal dan kasut budak-budak ni. Naz dan Ain sporting aje melayan.

Sampai di chalet, kami makan..budak-budak pasang khemah. Ada peserta berbasikal ni 3 orang perempuan, kesian..aku bagi keizinan tido di chalet kami...x payah pasang khemah..

Petang tu aku kasi peluang diorang mandi laut, aku la jadi penunggu setia di tepi pantai... Jangan lemas sudah..Macam-macam gaya, memang seronok bila tengok keletah anak murid...

Sepanjang xpdc ni, makan nasi bungkus. dah siap ditempah oleh cikgu hadi dan alias.

Malam, acara tayangan gambar-gambar sepanjang xpdc. Bancuh milo panas, layan... tido awal

Esok pagi, berkemas balik...adus sangat sedih. cermin mata hitam Bonia aku hilang. Aku pasti memang aku simpan dalam bilik chalet. Sakit hati, tapi paling sedih kenapa ada anak murid sanggup mencuri.. Mohon Allah swt akan memberi kesedaran dan hidayah kepadanya kelak.









Balik tu, mereka kayuh basikal lebih laju daripada semalam... Berhenti 2-3 kali sahaja. Makan tengahari di RnR Batu 5.

Basikal rosak dan pelajar yang sakit, naik Hilux Hj Yusuf.

mereruskan kayuhan, tiba di sekolah lebih kurang jam 2.30 petang.



No comments:

Post a Comment