Tarikh: 29 Mei 2013
Pokok ni dibeli hampir sebulan lalu, di pasar tani Teluk Intan, RM 15. Look at the colour, very rare.
Selepas dipindahkan ke pasu lebih besar nampak macam tak berapa sihat.
Kalau mengikut apek menjual tu, pokok ni datang dari Sg Buluh, Selangor. Pokok ni hanya tahan sinaran cahaya pagi, jadi tak dapat la aku nak jemur terus di bawah matahari macam pokok yang lain.
Ni cara aku memindahkan pokok:
Mula-mula, lipatkan sehelai kertas surat khabar jadi 4, letak di dasar pasu bunga. Aku guna pasu Baba's yang diameter lebih kurang 10 inci, pasu ni harga RM6.50. Masukkan tanah sabut setengah beg, tekan sikit. keluarkan pokok dari pasu asal berhati-hati, takut rosakkan akarnya. Letakkan betul-betul ditengah pasu. Bolehlah letak baja bunga, aku guna baja dari Amway, time released tahan 3 bulan. Satu pasu letak 2 biji baja. tambahkan tanah hingga penuh. Tekan sikit. Siramkan air perlahan-lahan. Teduhkan pokok ni selama 2-3 hari sebelum letakkan berhampiran sinaran cahaya pagi.
Siram sehari sekali cukup, kalau hujan tak payah siram.
Baru hari ni, perasan dah ada pucuk baru...alhamdulilah ada harapan pokok ros ni nak hidup lama.
Pokok ni baru disembur racun kulat dan serangga. Ros memang sensitif pokoknya, mudah dapat serangan kulat. Dah 2 pokok mati sebab serangan kulat dan serangga. Dalam post lain, aku akan share tentang penyakit yang biasa menyerang pokok bunga ros aku ok.
No comments:
Post a Comment