Wednesday, December 11, 2013

AMWAY Body Series Deodoran & Antipeluh Berbuli

Tarikh: 12 Disember 2013
Harga: RM24.
Isipadu 100ml.
Berasaskan air, tidak merengsa kulit. Tiada alkohol.
Mengandungi rumusan LICHEN PLUS COMPLEX
Sekali penggunaan boleh tahan 48jam.

Nota:

  1. Testimoni dari rakan, ketiak yang hitam menjadi cerah semula.
  2. Bau badan yang paling kuat pun boleh hilang. Saya Boleh buktikan, bau bawang putih pun hilang.
  3. Tidak menyebabkan kesan kuning atau putih pada baju. Tidak menyebabkan kain jadi keras.

AMWAY Tropical Herbs Baby Oil

Tarikh: 12 Disember 2013


Harga: RM28.00
Isipadu 60 ml.
Keluaran Bumiputera Malaysia untuk Amway.
Digunakan untuk mengelakkan kembung atau masuk angin pada bayi. Boleh juga digunakan sebagai minyak urut untuk dewasa.

AMWAY Nutrilite Lecithin-E

Tarikh: 12 Disember 2013


Harga: RM139.
Halal. Organik sepenuhnya.
270 tablet.
Sehari makan 2 biji selepas makan. Dikunyah untuk kesan lebih baik.
Kos sehari hanya RM1.03, murahkan? Sebulan RM30.89.. Sebotol tahan 4 bulan setengah..


  1. Berperisa madu, karob dan walnut mapel. setiap tablet yang dikunyah memberi  25IU vitamin E dan 50mg lesitin
  2. Vitamin E adalah antioksidan penting untuk menentang radikal bebas.
  3. Lesitin membantu dalam penyerapan vitamin E. Lesitin adalah pengemulsi semulajadi bahan berlemak di dalam badan.
  4. Lesitin dari sumber kacang soya, vitamin E dari sumber minyak sayuran.
Nota:

  1. Keluarga kami memang ada sejarah kandungan kolestrol yang tinggi. Arwah nenek saya penghidap koronari jantung. Makanan berminyak dan berlemak memang kebiasaan dalam keluarga kami.
  2. Selepas sebulan saya mengambil suplemen ini, aras kolestrol saya turun daripada 5 kepada 3.04.
  3. Sekarang, aras kolestrol saya sentiasa dalam julat normal sekitar 3.0 ~ 3.5.

AMWAY Nutrilite Glucosamine HCl


Tarikh: 12 Disember 2013

Harga: RM109
Halal. Organik sepenuhnya
Setiap botol mengandungi 120 kapsul.
Makan 2 kapsul sehari selepas makan.
Kos sehari hanya RM1.82. Sebulan RM54.50 (30 hari). Sebotol tahan 2 bulan

  1. Terapi adjuvan bagi osteoartritis. Boleh membantu meningkatkan julat pergerakan dan kelenturan juga kesihatan sendi dan rawan.
  2. 'Blok binaan' utama bagi separa bendalir yang melincirkan sendi; membentu mengurangkan kesakitan sendi dan pembengkakan dan meningkatkan pergerakan sendi.
  3. Setiap kapsul mengandungi 375mg Glucosamine HCl.
  4. Juga mengandungi pekatan  ceri aserola dan bioflavonoid sitrus Nutrilite
  5. Tiada bahan pewarna, perisa tiruan dan bahan pengawet.

Saturday, November 30, 2013

Hari Pertama Persekolahan 2013

Tarikh: 1 Disember 2013

Kenangan hari pertama sekolah. Azim masuk Tahun 1. So cute!



Hari Pertama Persekolahan 2012

Tarikh: 1 Disember 2013

Membelek gambar lama. Terjumpa gambar ni. Sangat basi ok. Namun sangat bermakna dan nostalgia. Ok, aku memang sentimental aka mentel kata orang Jawa. Tak kisah la, yang penting memori ni penting untuk aku.






Taekwondo, Tali Pinggang Kuning 2

Tarikh: 1 Disember 2013.

Lambat untuk aku kongsikan cerita. Azam dan Azim dah lulus ujian taekwondo untuk dapatkan tali pinggang kuning 2. Tarikh ujian tempohari pada 17 November 2013, hari Ahad di SK Horley Methodist, Teluk Intan. Yuran ujian R45 seorang.

Aku cuma ingat, anak aku kata kali ni kena buat Tego one, by timing...hihihi.. itu sebenarnya arahan yang akan disebut oleh penguji.

Minggu lepas dah dapat tali pinggangnya yang batu. Bukan main bangga budak berdua ni. Harap aktiviti ni akan melatih disiplin dan fokus. Alhamdulillah,  mak doakan kamu berdua berjaya dunia akhirat.


Pengguna bijak, dilemma permintaan dan penawaran.

Tarikh: 1 Disember 2013

Rutin pagi Ahad, sebaik menghantar anak-anak ke latihan taekwondo terus sahaja ke pasar tani di Teluk Intan. Hati dah berkira-kira nak masak mee goreng basah petang ni. Jsdi senarai barang nak dibeli antaranyanya sayur-sayuran dan sebungkus mee kuning. Dalam peti ais ada kulit udang, boleh direbus untuk stok udang.

Sebaik tiba, aku terus ke gerai sayur yang penjualnya semua memakai baju oren dengan lambang 1Malaysia. Mudah bagiku macam - macam sayur ada, murah lagi. Aku minta sebungkus mee, dari plastik besar aku lihat dia keluarkan sebungkus.  Aku sempat pula membelek.  Cap Masjid. Bungkusan lutsinar dengan masjid berwarna hijau.

Alangkah terkejutnya aku bila aku pusing dibelakang bungkusan. Keluaran: YXX XXX, Jalan Manggis, Kampar. Bagiku ini bukan strategi pemasaran tapi ambil kesempatan. Daripada nama syarikat aku pasti bukan pengeluar Muslim tapi kenapa guna gambar rumah Allah? Marah sungguh aku, tak jadi aku beli.

Realitinya susah mencari produk makanan keluarkan Muslim. Pernah aku beli satu jenama keluaran muslim untuk buat mee kari, merah menyala bila kena serbuk kunyit. Ada asid borik, pengawet yang diharamkan.. dilemma sungguh.


Wednesday, September 25, 2013

Libur Langkawi 2013... Hari ketiga

Tarikh: 8 September 2013

Hari terakhir di Langkawi. Selepas bersiap dan kemas barang-barang, kami menyeberang jalan sahaja untuk bersarapan. Banyak makanan yang sedap-sedap, sesuai dengan tekak kami. Ok, murah lagi!




Lihat la buktinya, memang sedap ok, Azam makan sampai licin. Mak aku yang selalu komplen pun cakap sedap.


Ni la warung tu, berhadapan dengan petronas sahaja. Kami makan 4 orang hanya RM16.40.

Siap makan kami pergi ke Dataran Lang, bukan ada pun tapi ni le bukti yang kami betul-betul sampai ke Langkawi. Tak ramai orang. Parkir kereta di tempat parkir awam. Sejam pertama 50 sen rasanya, aku bayar 50 sen aje sebab sekejap sangat, siap tangkap gambar terus jalan.



Tengok la trick budak berdua ni... seluar dah senteng, akal nak celup-celup kaki kat kolam tu... Trick lama, mak dah tau sangat. Cuaca redup, alhamdulilah





Happy face


Anakanda tersayang


Mak pun nak mencelah


Nenek yang sporting


mummy nak interframe lagi ;)


Bila kita nak naik kapal terbang lagi ye mak? Adoi..belum balik dah tanya soalan provokasi macam ni


Selepas Dataran Lang, kami balik ke semula ke kedai haji Ismail Group, nak beli coklat Daim.. tak banyak, dalam RM50 je. Siap beli, balik ke semula ke hotel untuk packing coklat dalam bagasi.

Pegi lunch pulak. Depan petronas juga tapi bukan kedai sarapan tadi. Masakan kampung, aku makan gulai daging ada rebung, sedap. Gambar bawah ni sejenis ulam yang hanya ada di Langkawi. Pucuk maq kata pelayan kedai tu. Ada rasa berangin sikit macam pudina, cicah sambal belacan.
I recomment u all makan kat sini, murah, sedap.

Eh, percutian kami ni penuh dengan aktiviti makan aje..


Ni la hotel kami menginap.

Siap makan terus ke airport. Pulangkan kereta, tambah bayar RM20 sebab tambah masa 2 jam . terus check-in luggage.. menunggu penuh sabar....
Di airport ni waktu solat diumumkan, sangat memudahkan pelancong muslim. Happy. Tetapi, pengajaran untuk aku elakkan ambil flight pukul 6, 7 pagi dan 1 tengahari... sangat kelam kabut untuk solat. Sila ingat untuk masa hadapan.

Sebenarnya kalau setakat Langkawi tak payah order makanan, setakat sejam aje penerbangannya. Disebabkan anak bujang aku memang selalu lapar, beli aje la... pre-order.



Sampai di LCCT, cuaca mendung...terus ambil bagasi. Mak Azam  dan Azim tunggu di Arrival, aku sorang gi ambil kereta.. Bayaran parking RM90.30 ok la tu.. Terus la kami balik, sampai di Teluk Intan sekitar jam 6.00 petang.
Alhamdulilah, kami gembira, kenyang dan rasa macam komputer selepas defrag...


Tuesday, September 17, 2013

Libur Langkawi 2013.. Hari kedua

Tarikh: 7 September 2013
Hari kedua kami di Langkawi, bangun awal. selepas bersiap barang-barang nak bawa untuk island hopping, kami gi sarapan di tempat semalam. siap bungkus lagi makanan untuk lunch.

Untuk island hopping, ni kena tempah awal sebab nak arrang bilangan orang per bot... Aku google je, guna servis ni Zam Langkawi. call dia, bank in deposit Rm10 seorang, sent email gambar resit bank-in kepada Zam. Lagi sehari dua nak pegi call semula bagitau confirm. Dah sampai tempat island hopping tu bayar la baki.

Seperti dijanjikan tunggu di depan Underwater world jam 9 pagi. Dekat 9.30 baru datang orang yang patut pick-up. Dia nasihatkan kami drive sendiri supaya balik nanti lebih mudah, tak perlu tunggu giliran dihantar ke Underwater world. So aku pun rempit la..

Cuaca mendung, tengok la Azam dan Azim dah mula lipat kaki seluar... Semasa menunggu dia akan beri sticker untuk lekat pada baju, menentukan kita naik bot yang mana dan tak salah nak bot bila singgah pulau-pulau lain nanti.


Mak dia la pikul beg makanan, Azam bawa beg isi baju. Nenek bawa air. Kat dalam dah siap baju nak mandi ni..








Baik korang beli siap, kat sini mahal..tapi kalau dah terlupa ada je orang jual, makanan, selipar



Gembira sungguh la anak bujang aku ni







Muka bengang kena pakai life jacket.



Baru mula bergerak, pit stop pertama Pulau Dayang Bunting.


Srlain kami berempat, semua pasangan honeymoon..aku agak aje la pasal tengok most of them ada inai di jari kaki masih merah siap kerawang gitu



Nampak tak bentuk perempuan mengandung tu?



Dah sampai. Amaran, jangan bawa makanan yang terbuka, ada banyak monyet yang akan merampas makanan anda. Believe me! Kat sini diberi masa sejam.







Nenek siap pario lagik..semput nenek naik anak tangga...



Yey sampai






Air memang tawar, sedap memang aku rasa sikit hihi..berenang tak reti jadi ala-ala celup badan kat tangga aje la yang mampu



Nenek aje yang pandai berenang..





ops..lupa pulak sunglasses



 Ok, heading tu some where banyak helang tu