Tarikh: 7 September 2013
Hari kedua kami di Langkawi, bangun awal. selepas bersiap barang-barang nak bawa untuk island hopping, kami gi sarapan di tempat semalam. siap bungkus lagi makanan untuk lunch.
Untuk island hopping, ni kena tempah awal sebab nak arrang bilangan orang per bot... Aku google je, guna servis ni Zam Langkawi. call dia, bank in deposit Rm10 seorang, sent email gambar resit bank-in kepada Zam. Lagi sehari dua nak pegi call semula bagitau confirm. Dah sampai tempat island hopping tu bayar la baki.
Seperti dijanjikan tunggu di depan Underwater world jam 9 pagi. Dekat 9.30 baru datang orang yang patut pick-up. Dia nasihatkan kami drive sendiri supaya balik nanti lebih mudah, tak perlu tunggu giliran dihantar ke Underwater world. So aku pun rempit la..
Cuaca mendung, tengok la Azam dan Azim dah mula lipat kaki seluar... Semasa menunggu dia akan beri sticker untuk lekat pada baju, menentukan kita naik bot yang mana dan tak salah nak bot bila singgah pulau-pulau lain nanti.
Mak dia la pikul beg makanan, Azam bawa beg isi baju. Nenek bawa air. Kat dalam dah siap baju nak mandi ni..
Baik korang beli siap, kat sini mahal..tapi kalau dah terlupa ada je orang jual, makanan, selipar
Gembira sungguh la anak bujang aku ni
Muka bengang kena pakai life jacket.
Baru mula bergerak, pit stop pertama Pulau Dayang Bunting.
Srlain kami berempat, semua pasangan honeymoon..aku agak aje la pasal tengok most of them ada inai di jari kaki masih merah siap kerawang gitu
Nampak tak bentuk perempuan mengandung tu?
Dah sampai. Amaran, jangan bawa makanan yang terbuka, ada banyak monyet yang akan merampas makanan anda. Believe me! Kat sini diberi masa sejam.
Nenek siap pario lagik..semput nenek naik anak tangga...
Yey sampai
Air memang tawar, sedap memang aku rasa sikit hihi..berenang tak reti jadi ala-ala celup badan kat tangga aje la yang mampu
Nenek aje yang pandai berenang..
ops..lupa pulak sunglasses
Ok, heading tu some where banyak helang tu
No comments:
Post a Comment