Tuesday, September 10, 2013

Libur Langkawi 2013.. Hari Pertama

Tarikh: 6 Sept 2013

Hari yang ditunggu dah tiba, libur ke Langkawi. Percayalah, tiket penerbangan ni dibeli hampir setahun lalu pada 29 Okt 2013.. Lama kan? Pergi free ticket, RM0 ok, bayar tax sahaja..balik tiket harga RM17.. bersama tiket telah tempah hotel memalui asiago.

Bertolak dari Teluk Intan jam 1 pagi bersama mak dan anak-anak.. Memandu seorang, mak mengantuk.. Memandu terus, tak henti sebab TnG dah isi, petrol pun dah isi siap.

Lebih kurang jam 4.30 pagi dah sampai LCCT. Parking di Blok C, RM33 sehari kalau tak silap.. macam biasa, bawa satu beg bagasi, 2 bagpack kosong ;)

Menunggu di LCCT, sementara solat subuh kami pun bersarapan...MB sahaja yang kurang sesak. MD dan OTWC sangat sesak.



Super excited ok :)

Satu pengajaran yang aku dapat ialah elakkan ambil flight pukul 7 pagi. Pengalaman sangat ok, waktu subuh sekitar jam 6 pagi, bila berganti dengan mak untuk solat dah dekat 6.20 pagi..baru nak check in luggage.. Bila dah beratur, sampai giliran kami..kaunter tutup..sabar aje lah.. Sila ke kaunter di hujung ya cik...hangat aje hati aku.

Boleh pulak dia bahasakan aku, cik datang pukul berapa kenapa tak beratur pukul 6... Bila aku jawab subuh masuk 6.10 pagi..saya nak solat, bergilir dengan mak untuk jaga anak-anak..Terus mamat tu senyap, senyum kelat.

Dia call kapten kapal, minta kebenaran untuk benarkan masukkan masuk beg, kapten x kasi..terpaksa juga la aku heret beg bagasi bersama beg mak.. berlari-lari untuk naik flight. Kami jadi lambat sebab dah 2 kaunter pegi, masih juga x dapat check in luggage. Ciss rugi RM50 untuk bagasi.. Semput aku berlari sebab gate tutup 7.10 pagi.. Rupanya ramai lagi yang lebih lewat dari kami.


Muka semput


Pre-booked meal, nasi lemak x2 dan nasi ayam x 2.


Penerbangan cuma 1 jam 10 minit. Mak kata belum panas kerusi dah sampai, dan aku pun tak sempat nak pening lalat sangat.

Ini la, balai ketibaan di Lapangan Terbang Langkawi.

Cuaca mendung semasa kami sampai. pukul 8.30 dah siap semua. Call kak Yati untuk ambil kereta sewa, lupa pulak nak snap gambar kereta sewa. pukul 9 baru kak Yati sampai.. Dah cari seminggu sebelum sampai, minta nombor dari kawan lama ayuni. Sewa kereta Picanto RM60 je sehari..murah ni

Kami pun berpusing-pusing keliling pulau, ambil peta percuma di kaunter 14 ok


Singgah di Pantai Cenag, muka excited anak sebab nampak air laut.


Terus mencari makan lagi, alhamdulilah dapat yang sedap dan murah. Nasinya cukup lemak, sambal pun sedap.


Selepas tea time kononnya, sambung lagi penjelajahan. Mencari Haji Ismail Group. Itu antara agenda penting, nak beli kuali pemanggang Vantage.. Pusing-pusing sekitar Kuah, baru jumpa..rasanya kat Pandak Manyah/ mayah?

Inilah dia idaman kalbu, saiz 32cm harga cuma RM99. dah beli yang ni kat kedai lain jumpa pulak saiz lebih besar 36cm harga RM119..ohh ralat sedikit hati aku.. tapi tak pe yang penting dah dapat.


Kalau peminat corelle macam I ni, memang heaven la..cuma pendapat peribadi aku, kat kelantan lebih banyak pilihan. contohnya kat Langkawi tak ada set callaway, chutney.. kat kelantan tu banyak pilihan. Tapi, ada satu yang tak ada di Kelantan tapi Langkawi ada...iaitu tadaaaaa set sudu corelle.. seriously, memang meleleh liur menengoknya..memandangkan bajet ciput..harap tengok aje..lain kali la ye.


Coklat tak dibeli masa ni, takut cair pulak.. hari terakhir baru beli..survey harga dulu..Daim tu tak la murah sangat, biasa aje.

Lunch kat kedai makan belakang kedai HIG yang berhadapan dengan Saga.. Sangat menyesal ok! Sebab anak-anak dah haus sangat singgah juga di sini, dari jauh nampak la lelaki berjanggut kat dapur.. kami pun duduk, bila dia datang alamak lelaki tu ada breast la.... Boleh pulak anak aku tanya lepas tu.. Mak, kakak tu muka dia macam lelaki la.. My mum gelak aje.

Makanan tak sedap dan mahal. Order mee sup, serious x sedap, ada kacang tumbuk tabur di dalamnya..hapa rasa ntah.. Anak aku 2 pinggan maggi goreng kosong x nak sayur, teh o panas dan teh ais = M17.60. Mahal sangat. Mee sup, maggi goreng semua RM5 sepinggan.. Memang x akan datang semula..


Selepas makan, terus ke hotel.. senang je, sebelah petronas di Jalan Kelibang. Ambil famili room, ada 2 katil queen, ada heater, So and so aje la.. kurang bersih sebab aku pasti lantai tak divakum, banyak habuk. Ada 53 bilik kalau x salah...dua tingkat aje. Lepas Zuhur..tidoooo ngantuk weh

Selepas asar, dalam pukul 5 kami jalan lagi. Datang semula ke Pantai Cenang.. jumpa banyak tempat makan yg pagi tadi x ada.. Ni kami makan kat warung nama Laksa Ikan Sekoq.. unik kan. Tapi ikan dah habis, jadi kami makan laksa dan bihun sup. Serius sedap, mak aku pun puji..kalau mak dah puji tu memang sedap la, mak aku bab makan memang dia cerewet sebab dia pandai masak huhu. Laksa Rm3 sepinggan, bihun sup Rm4 rasanya.



Selesai makan, kami jalan-jalan keliling pulau...cari Underwater world tempat menunggu untuk esok. Lepas tu terus balik hotel. sekitar pukul 8 malam keluar lagi untuk makan.. eh dah berapa kali makan hari ni? Kelantakan la... yang penting aku rasa macam best aje.. tak jauh menyeberang jalan aje, depan petronas tu. Ok juga masakannnya. Azam dan Azim makan bersungguh-sungguh.



Azam muka tension, sebab tak dapat bodek nak beli Bdaman.



Selesai makan dalam keadaan yang sejuk sebab gerimis, kami pun balik ke hotel cepat-cepat sebab nak layan Kampung Girl.. hihi Night uols!

No comments:

Post a Comment