Tarikh: 8 September 2013
Hari terakhir di Langkawi. Selepas bersiap dan kemas barang-barang, kami menyeberang jalan sahaja untuk bersarapan. Banyak makanan yang sedap-sedap, sesuai dengan tekak kami. Ok, murah lagi!
Lihat la buktinya, memang sedap ok, Azam makan sampai licin. Mak aku yang selalu komplen pun cakap sedap.
Ni la warung tu, berhadapan dengan petronas sahaja. Kami makan 4 orang hanya RM16.40.
Siap makan kami pergi ke Dataran Lang, bukan ada pun tapi ni le bukti yang kami betul-betul sampai ke Langkawi. Tak ramai orang. Parkir kereta di tempat parkir awam. Sejam pertama 50 sen rasanya, aku bayar 50 sen aje sebab sekejap sangat, siap tangkap gambar terus jalan.
Tengok la trick budak berdua ni... seluar dah senteng, akal nak celup-celup kaki kat kolam tu... Trick lama, mak dah tau sangat. Cuaca redup, alhamdulilah
Happy face
Anakanda tersayang
Mak pun nak mencelah
Nenek yang sporting
mummy nak interframe lagi ;)
Bila kita nak naik kapal terbang lagi ye mak? Adoi..belum balik dah tanya soalan provokasi macam ni
Selepas Dataran Lang, kami balik ke semula ke kedai haji Ismail Group, nak beli coklat Daim.. tak banyak, dalam RM50 je. Siap beli, balik ke semula ke hotel untuk packing coklat dalam bagasi.
Pegi lunch pulak. Depan petronas juga tapi bukan kedai sarapan tadi. Masakan kampung, aku makan gulai daging ada rebung, sedap. Gambar bawah ni sejenis ulam yang hanya ada di Langkawi. Pucuk maq kata pelayan kedai tu. Ada rasa berangin sikit macam pudina, cicah sambal belacan.
I recomment u all makan kat sini, murah, sedap.
Eh, percutian kami ni penuh dengan aktiviti makan aje..
Ni la hotel kami menginap.
Siap makan terus ke airport. Pulangkan kereta, tambah bayar RM20 sebab tambah masa 2 jam . terus check-in luggage.. menunggu penuh sabar....
Di airport ni waktu solat diumumkan, sangat memudahkan pelancong muslim. Happy. Tetapi, pengajaran untuk aku elakkan ambil flight pukul 6, 7 pagi dan 1 tengahari... sangat kelam kabut untuk solat. Sila ingat untuk masa hadapan.
Sebenarnya kalau setakat Langkawi tak payah order makanan, setakat sejam aje penerbangannya. Disebabkan anak bujang aku memang selalu lapar, beli aje la... pre-order.
Sampai di LCCT, cuaca mendung...terus ambil bagasi. Mak Azam dan Azim tunggu di Arrival, aku sorang gi ambil kereta.. Bayaran parking RM90.30 ok la tu.. Terus la kami balik, sampai di Teluk Intan sekitar jam 6.00 petang.
Alhamdulilah, kami gembira, kenyang dan rasa macam komputer selepas defrag...
No comments:
Post a Comment