Tarikh: 29 Mei 2013
Selesai perkhemahan KRS peringkat negeri, aku pun mula dengan persiapan untuk perkhemahan di Gunung Bunga Buah. pada 5 - 6 Jun 2013
Aku baru aje merancang menu untuk kami semua, dijangka seramai 30 orang termasuklah peserta, helpers dan 4 orang guru ( aku, rokhi, azam dan alias..... we as usual)
Aku uruskan makan peserta, yuran dan borang kebenaran sahaja. Yang lain cikgu lelaki yang bertiga tu uruskan.
Harap semua akan berjalan lancar, aku pun tak dapat nak bayangkan macam mana nak melawan kesejukan bila berkhemah di puncak nanti. Apatah lagi nak memasak sepenuhnya di puncak dengan bekalan air yang terhad.
InsyaAllah akan mudah semuanya..
Hidup ini satu perjalanan. Ada tawa dan air mata, semoga beroleh keredhaanNya di sepanjang kembara ini
Tuesday, May 28, 2013
Taekwondo: Grading Tali Pinggang Kuning
Tarikh: 19 Mei 2013
Selepas hampir 4 bulan menjalani latihan taekwondo, Azam dan Azim mengikuti grading buat kali pertama.
ni gambar mula-mula pakai baju taekwondo, 2 Feb 2013.. Bangga sangat diorang walaupun setakat tali pinggang putih. Azam memang mula tahun ni bersama dengan adik dia Azim. Mudah aku nak uruskan bila sama-sama masuk.
Ni aje gambar yang dapat ditangkap semasa grading, cuaca panas dan ramai parents..tempat terhad. dapat shot dari jauh..blurr
Semoga melalui aktiviti ni dapat memupuk rasa tanggungjawab dan disiplin pada anak-anak aku...amin

Tomato
Tarikh: 29 Mei 2013
Cubaan pertama menyemai tomato. Tomamto memang aku tak makan secara terus, tak lalu..masam. Tapi aku banyak guna dalam masakan, terutama sambal, kari dan seumpama dengannya..
Aku tau yang pokok ni memerlukan sokongan, jadi aku pun pening macam mana nak buat... Belit kat pagar aje buleh x? Tapi kat situ dah parking pokok bunga ros pulak...
Sebiji tomato aku belah nipis-nipis, letak atas tisu lembab dalam bekas..Selepas sehari aku pindah kan ke dalam pasu... Ni tapak sementara sehingga tinggi lebih kurang 10 inci baru pindahkan ke pasu masing-masing. Tengok la tu, kesan kapas muka aku masih ada. Harap-harap bernyawa le engkau tomato.
pokoknya lembut, kena siram lentok terus, bila hujan aku bawa masuk kat garaj, lemas pokok tomato aku ;) So, kalau siram kena lemah lembut ok
melalui pembacaan, ramai juga menanam tomato secara upside down, tapi aku mana ada para nak gantung pasu... kalau tanam secara biasa, kena pasang pancang pulak..
tak pe itu semua lambat lagi..

Lemon
Tarikh: 29 Mei 2013
Cubaan pertama menyemai pokok lemon berjaya. Aku memang banyak guna lemon untuk masakan, jadi cuba semai bijinya..hiduplah pulak. alhamdulilah.
Biji lemon tu aku tumpangkan dalam pasu pokok lain, bila agak-agak dah tinggi 5cm, aku pun pindahkan ke pasu sendiri.
Tapi nanti dah besar aku nak letak dalam pasu besar mana pulak?

XPDC Berbasikal Teluk Intan - Teluk Batik
Tarikh: 10 - 11 Mei 2013
Aku sekadar guru pengiring. Guru pengiring lain Azam, Wan Yunus, Rokhi, Roslan, Hadi, Naz dan Ain. PK yang ada Cikgu Alias dan Cikgu Asmuni, taklupa YDP PIBG En Yusuf.
XPDC dirasmikan oleh YB Changkat Jong, En Azhar Jamaluddin lebih kurang jam 8.30 pagi. Xpdc kami diiringi oleh polis trafik dari IPD Teluk Intan dan IPD manjung.
Memang semangat betul budak-budak ni mengayuh basikal di bawah terik matahari. Pit stop pertama di sebuah masjid di Seberang perak, berhenti makan sarapan pagi. Kesian budak-budak ni...aku aje yang lembut hati sangat
Teruskan mengayuh dan berhenti beberapa kali. Basikal pun dah ada yang meragam, pancit dan rantai putus.
Berhenti solat Jumaat di surau diri Jumaat Padang Tembak, Teluk Muruh. Sengal juga aku rasa bila menyuruh budak-budak solat, diorang pulak buat-buat lari... Malu dengan cikgu agaknya, masuk juga ke masjid.. aku tertidur sambil menjaga basikal dan kasut budak-budak ni. Naz dan Ain sporting aje melayan.
Sampai di chalet, kami makan..budak-budak pasang khemah. Ada peserta berbasikal ni 3 orang perempuan, kesian..aku bagi keizinan tido di chalet kami...x payah pasang khemah..
Petang tu aku kasi peluang diorang mandi laut, aku la jadi penunggu setia di tepi pantai... Jangan lemas sudah..Macam-macam gaya, memang seronok bila tengok keletah anak murid...
Sepanjang xpdc ni, makan nasi bungkus. dah siap ditempah oleh cikgu hadi dan alias.
Malam, acara tayangan gambar-gambar sepanjang xpdc. Bancuh milo panas, layan... tido awal
Esok pagi, berkemas balik...adus sangat sedih. cermin mata hitam Bonia aku hilang. Aku pasti memang aku simpan dalam bilik chalet. Sakit hati, tapi paling sedih kenapa ada anak murid sanggup mencuri.. Mohon Allah swt akan memberi kesedaran dan hidayah kepadanya kelak.
Balik tu, mereka kayuh basikal lebih laju daripada semalam... Berhenti 2-3 kali sahaja. Makan tengahari di RnR Batu 5.
Basikal rosak dan pelajar yang sakit, naik Hilux Hj Yusuf.
mereruskan kayuhan, tiba di sekolah lebih kurang jam 2.30 petang.

Rose warna peach mutiple tone
Tarikh: 29 Mei 2013
Pokok ni dibeli hampir sebulan lalu, di pasar tani Teluk Intan, RM 15. Look at the colour, very rare.
Selepas dipindahkan ke pasu lebih besar nampak macam tak berapa sihat.
Kalau mengikut apek menjual tu, pokok ni datang dari Sg Buluh, Selangor. Pokok ni hanya tahan sinaran cahaya pagi, jadi tak dapat la aku nak jemur terus di bawah matahari macam pokok yang lain.
Ni cara aku memindahkan pokok:
Mula-mula, lipatkan sehelai kertas surat khabar jadi 4, letak di dasar pasu bunga. Aku guna pasu Baba's yang diameter lebih kurang 10 inci, pasu ni harga RM6.50. Masukkan tanah sabut setengah beg, tekan sikit. keluarkan pokok dari pasu asal berhati-hati, takut rosakkan akarnya. Letakkan betul-betul ditengah pasu. Bolehlah letak baja bunga, aku guna baja dari Amway, time released tahan 3 bulan. Satu pasu letak 2 biji baja. tambahkan tanah hingga penuh. Tekan sikit. Siramkan air perlahan-lahan. Teduhkan pokok ni selama 2-3 hari sebelum letakkan berhampiran sinaran cahaya pagi.
Siram sehari sekali cukup, kalau hujan tak payah siram.
Baru hari ni, perasan dah ada pucuk baru...alhamdulilah ada harapan pokok ros ni nak hidup lama.
Pokok ni baru disembur racun kulat dan serangga. Ros memang sensitif pokoknya, mudah dapat serangan kulat. Dah 2 pokok mati sebab serangan kulat dan serangga. Dalam post lain, aku akan share tentang penyakit yang biasa menyerang pokok bunga ros aku ok.

Monday, May 6, 2013
Jakarta 2013: Perbelanjaan
Tarikh: 22 April 2013
Sesungguhnya percutian kami memang bajet. Sekadar perkongsian untuk manfaat pembaca sebagai rujukan jika ke Jakarta.

- Tiket 4 orang x 2, bagasi 2orang x 2, makan 4 orang x 2 = RM900
- Hotel N1, 2 malam x Rp350K = Rp700K
- Teksi Bandara - Hotel = Rp300K
- Ojek, Hotel - Thamrin - Hotel = Rp 25K
- Makan - D'Cost = Rp 150K
- Ojek, Hotel - Monas = Rp 50K
- Bajai, Monas - Kota Tua - Rp 40K
- Kota Tua, basikal, jurupandu, tiket masuk muzium = Rp135K
- Bajai + ojek, Kota Tua - Tanah Abang = Rp32K
- Makan, Tanah Abang ~ Rp150K
- Ojek, Tanah Abang - Hotel = Rp 20K
- Ojek, Hotel - Rumah Makan - Hotel (sesat) = Rp 100K
- Makan - Rumah Makan Sederhana = Rp 127K
- Makan di Bandara, 2 nasi goreng = Rp 36K
- Teksi Hotel - Bandara = Rp175K
- Cukai di Bandara semasa balik 4 orang x Rp150K = Rp 600 K
- Parkir di LCCT 3h2m Blok C = RM80.50
- Petrol + tol, Teluk Intan - LCCT - Teluk Intan ~ RM100
- Shopping + makan kudapan ~ Rp1.5 M
Ringgit Malaysia = 1 081
Rupiah = 4, 140, 000 ~ 1 294
Jumlah (RM) ~ 2 375
Subscribe to:
Posts (Atom)