Wednesday, April 30, 2014

Kobis Bulat, 1 Mei 2014. Minggu 12

Perkembangan terkini 3 pokok kobis bulat. Nampak sihat tapi dah mula ada serangga putih halus terbang dan lekat di bawah daun kobis. Tak tahu nama dia tapi bukan jenis sama dengan hinggap pada pokok cili.

Pokok pertama.



Pokok kedua, kecil sikit walaupun sebaya.


Pokok ketiga, paling kecil.

Tuesday, April 29, 2014

Monday, April 28, 2014

Liburan Pekan Baru, Indonesia 2014... Hari Pertama

Tarikh: 25 April 2014

Tiba hari yang ditunggu, tunggu. Tiket dah beli sejak Sept 2013. Jam 2 pagi dah bangun, berkemas dan bersiap. Jam 3.10 pagi kami berempat bertolak ke LCCT, aku memandu. Mak, Azam dan Azim tidur lena. Ngantuk juga sikit, lempang muka sesekali bagi hilang mengantuk..Boleh gitu?

Dari Teluk Intan terus ke Sungkai, barulah masuk lebuhraya PLUS. Berhenti sarapan di RnR Ulu Bernam untuk makan, apa tujuan nak makan aku pun tak faham. Early bereakfast? Sahur? Azam dan Azim makan nasi ayam ok, aku dan mak sekadar minum air panas untuk menghilangkan rasa sejuk pendingin hawa dan mengantuk.


Terus lagi perjalanan, santai sahaja memandu, jalan lengang. Lori-lori pun banyak parkir tepi jalan. Berhenti lagi solat subuh di RnR Dengkil jam 6.15 pagi. Ramai orang di surau, maklum waktu singkat, semua berpusu-pusu. Ramai makcik-makcik ni mesti rombongan bas.

Terus ke LCCT dan parkir di tempat biasa, Blok C. Bayaran sederhana dan tidak jauh nak menapak ke terminal. Bayaran tol dari Sungkai ke LCCT RM22.20.

Kasihan pula mak dan anak-anak nak pikul beg jalan jauh. Terus check in bagasi, pre-booked 20kg. Sekali masa letak beg, terpapar 10kg sahaja beg berisi barang kami tiga beranak. Mak tak mahu letak beg, nak bawa naik pesawat. Berlepas lambat lagi, masa tu baru dalam 7.30, jadi makan lagi. Makan di Mary Brown pulak. Sungguh agenda kami berempat makan dan makan lagi. Waktu ini ada gangguan air kot, tandas lelaki tak ada air.. Jenuh la nak melayan anak bujang berdua ni.. Mereka dah tak nak masuk tandas perempuan, malu. Kejadian hari tu, si abang dan adik dah melepas boleh guna tisu je, jalan lain macam lepas tu... Bila ditanya, baru cerita..aku pun bawa ke tandas perempuan untuk cuci dengan air.






Yang tak seronok cuma di LCCT ni, dari waiting room nak naik pesawat punyalah jauh menapak. kasihan kalau orang tua..



Berdebar juga naik pesawat, maklum dengan macam-macam kes macam MH370, bimbang. Zikir je banyak-banyak. Tak tempah makanan kalini sebab sekejap sangat sekitar 40 minit je di udara. Ada rasa pening lalat, rasa nak muntah tapi masih selamat sepanjang penerbangan. mau tak pening nak mengisi borang imigresen masuk Indonesia tu terhoyong hayang kepala otak aku.








Tiba di Pekan Baru, kurang satu jam.  Ni waktu Malaysia. Kira macam pegi pukul 10.40 pagi waktu Malaysia, sampai 10.40 waktu Indonesia.


Anak aku sentiasa teruja. Mujur ada bas yang bawa ke terminal dari pesawat. Cuma bas tak banyak, satu pesawat dalam 3-4 bas mengangkut ke terminal. Bandara besar, mungkin masih baru. Bandara Sultan Shariff Kasim II.

 




Aku menunggu juga, manalah pak supir yang menunggu  aku ni, tak nampak batang hidung. Aku call hotel, boleh pulak diorang lupa, rasa berapi lubang hidung akuuuuuuu.... Masa tu ada la 'ulat' terdengar kot, dia tawarkan nak hantar ke Hotel Amaris dengan banyaran Rp70K, aku cakap maaf tak mahu, sebab hotel kata bayaran cuma Rp50K sahaja. Akhirnya 'ulat' bernama Pak Andre setuju dengan bayaran Rp50K. Naik Avanza dan masa ni aku muntah, walaupun dok depan sebelah pemandu. Aku ni layak jadi pemandu aje kot, jadi mem besar mesti muntah. Spoil mekap aku!



Pekan Baru bandar yang panassss. Rasanya lebih panas dari Jakarta, atau mungkin musim aku pun tak tahu. Pak Andre tawarkan ke Bukit Tinggi dengan bayaran Rp500K termasuk BBM (bukan bahan bantu mengajar ok, tapi bahan bakar mobil) sehala, tapi sebab dia kata hampir 7 jam sehala...lupakan sahaja. Lain kali mungkin akan pergi tapi dari Padang.

Setiba ke Hotel Amaris, check in. dapat bilik di tingkat 2. T31. Siap letak barang, turun makan di kafe hotel sahaja. Agak mahal ikut telahan aku, 2 set nasi ayam penyet dan 2 set nasi goreng dah Rp130K tak termasuk air. Anak-anak dah kelaparan, layan aje laa.



Selepas berehat dan solat asar, kami menapak ke Mall Ramayana. Ni masjid di tepi hotel.


Perjalanan ke Ramayana.


Tempatnya panas, membahang. Ada beberapa tingkat. Jual kain pasang, kelengkapan solat tapi tak sebanyak di Jakarta. Tapiiiiii ada sesuatu yang istimewa di sini, sarung songket Melayu Riau.


Suka sangat... beli beberapa pasang buat kenangan. Balik naik ojek ke hotel, tak larat dah melangkah.. Berehat di hotel. Sudah janji dengan Pak Ujang Ojek untuk ambil kami jam 7.30 malam untuk keluar makan malam.

Malam itu kami makan nasi padang di Rumah Makan Sederhana di Jln Nangka. Sedap. Cuma kurang bersih sebagaimana cawangan di Jakarta. Puas la makan Rp140K sahaja, termasuk 2 jus epal hijau, 1 jus buah naga dan 1 jus durian belanda. Memang selera sungguh anak-anak makan... (mak dia pun sama).




Pak Ujang dan kawannya tunggu kami makan hingga selesai untuk bawa kami semula ke hotel. Waktu ini ada satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan. Penunggang ojek aku bungkuskan murtabak mesir untuk isteri yang mengidam. Kelu lidah aku bila dia kata isterinya dah menunggu hari nak bersalin, Hari ini baru punya wang nak beli murtabak mesir. Enak ini ibu, intinya sapi.... harga Rp16K. Duit Malaysia sekitar RM4 sahaja. Sedih sangat aku rasa dan betapa bersyukurnya aku dengan rezeki yang Allah swt berikan kepada kami sekeluarga. Selesai makan kami balik ke hotel dan aku masih termenung mengingatkan kisah murtabak mesir..


Sunday, April 20, 2014

Ladybird dan Cili Merah

Tarikh: 20 April 2014

Pokok cili merah ada tiga pasu sahaja. Semua ni disemai dari biji. Daunnya sedikit kerinting, entah kenapa.  Macam-macam teori, cuaca terik, lebih baja dan mungkin juga serangan aphid.

Hari ni bila aku intai celah-celah daun nampak ladybird. Dulu aku tak tahu fungsi ladybird ni, rupanya ladybird memakan larva aphid. Ni aku baca kat blog gardening luar negara.



Pokok cili sku ni memang banyak kali diserang aphid. Kena rajin selak daun tu, buang daun yang bermasalah. Seminggu sekali sembur racun buatan sendiri. Racun ni pun belajar dari blog gardening.




Pokok Mata Kucing dalam Bekas

Tarikh: 20 April 2014

Cuti Ahad. Melangsaikan projek lama terbengkalai. Mengalih anak pokok mata kucing ke pasu besar. Ops.. aku guna tong sampah, jangan risau tong ni bersih. Baru beli pagi tadi RM11.90. Beli tong kat Kedai Eagle di Jln Sultan Abdullah. Adik aku Rizal tolong tebuk kat bawah dia. Senang je. Panaskan screwdriver,  cucuh je pada bawah tong. Buat la dalam 10-15 kali. Biasa aku buat sendiri kalau setakat tong minyak 5 liter, tapi hari ni adik ada, kira nak manja-manja boleh?

Tuan tanah ni perasan macam rumah dia ada laman tanah keliling rumah. Pada hal semua tanam dalam pasu. Apa daya mampu duduk rumah teres sahaja. Alhamdulillah walau rumah teres, yang penting rumah sendiri.

Anak pokok ni dah beli lama, hujung tahun lepas rasanya.. Lama betul projek tergendala..Sibuk.. (alasan). Jenis biasa, rasanya RM10 kot harganya, beli kat kedai nurseri uncle  Jln Maharajalela,  depan Stesen Minyak Esso. Kalau jenis pingpong dalam RM25 sepokok. Aku angguk aje, agaknya jenis pingpong tu buah dia sebesar bola pingpong.. agaknya laaaa

Tanah, aku recycle tanah yang ada tambah 2 beg tanah sebab macam tak penuh tong je kan.. Dalam tong ni selain tanah, ada macam-macam lagi, contohnya kulit telur, sayur dan buah rindu layu-layuan dalam peti ais hihihi.. kotak  AMWAY dan surat khabar pun ada. Janji boleh terurai.. Organik gitu tujuannya.





Boleh dapat idea nak tanam dalam tong sampah sebab ada satu page dalam FB tentang gardening ni pernah letak gambar tanam mangga, epal, pir dan tin. Orang mana aku tak ingat tapi dari gambar tu keliling rumah dia dah berpasang jubin. Mangga dia berbuah lebat ok..

Marilah berdoa agar pokok mata kucing ni akan berbuah cepat..