Saturday, May 31, 2014

Selamat Ulangtahun Ke-8 Azim

Tarikh: 31 Mei 2014

Berita terlewat. Kami memang kurang dalam hal-hal menyambut. Cukup sekadar makan-makan dan belikan hadiah (biasanya permainan) yang diminta anak.

Anak-anak pun dah biasa begini. Untuk Azim dia nak mainan lego, selesai. Sengaja aku singgah ke pejabat PNB di Teluk Intan untuk kemas kini  buku ASB kami, potongan gaji jadi kenalah semak.

Aku nampak poster Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2). Aku tanya lebih kurang pada pegawai di kaunter 3.

Lebih kurang ini maklumat  diberi.

  1. Khas untuk bumiputera
  2. Simpanan permulaan RM10 sahaja
  3. Setiap penambahan dalam gandaan RM10
  4. Tahun kewangan ialah 31 Mac
  5. Kononnya, siapa yang dah penuh ASB bolehlah berslih ke ASB2 (akaun kami bertiga tak penuh pun)
  6. Yang paling bagus kata pegawai tu, puan boleh dapat dividen 2 kali setahun. Jan untuk ASB dan April untuk ASB2.
  7. Isi sekeping borang sahaja. Nama borang aku lupa, rasanya pelaburan tambahan JIKA dah ada akaun ASB. Bawa KP dan surat beranak asal anak-anak.
Seperti mana aku baca dalam banyak artikel perancangan kewangan, pelbagaikanlah instrumen pelaburan untuk merendahkan risiko kerugian.

Beringatlah untuk masa depan Azam dan Azim. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.



Happy birthday Azim. Mak loves you.

Bunga Yesterday Today Tomorrow

Tarikh: 1 Jun 2014

Pokok bunga ni nama Inggerisnya Yesterday Today Tomorrow. Asal dari Brazil. Nama Melayu aku tak pasti, macam-macam versi. Ada yang panggil putih-putih melati, ada juga panggil bunga bedak.

Bunganya harum tapi BERACUN. Warna menarik, unggu tua, ungu muda dan putih dalam satu pokok.

Ini kali kedua aku tanam pokok ni, yang dulu mati entah kenapa mungkin serangan perosak di akar. Beli 29 Mei 2014, semalam baru aku masuk dalam pasu dari polibeg. RM9 sepokok.


Bunga ni adalah sebahagian daripada nostalgia waktu ksnak-kanak aku. Mengingatkan aku kepada arwah nenek dan ayah.

Kali pertama aku jumpa bunga ni mungkin masa aku berumur sekitar sekolah rendah. Bunga ni ditanam dalam kawasan Lembaga Padi Negara, LPN  (sekarang BERNAS) di kampung aku. Abah kerja di LPN dan arwah nenek ambil upah menjahit guni padi. Pak cik aku pulak tender kantin LPN masa tu. Jadi aku dengan mudah boleh masuk ke LPN.

Rindu arwah nenek dan ayah. ..alfatihah


Thursday, May 29, 2014

Menyemai Lobak Merah Kali Kedua, 29 Mei 2014

Tarikh: 29 Mei 2014

Kali kedua menyemai lobak merah. Untuk kali pertama,  bercambah tapi bila dialih mati.

Benih lobak merah mahal ok. Aku terkejut bila buka bungkusan benih ada mungkin 20-30 sahaja.


Aku pun tak pasti, jenis ni yang kecil comel atau king mscam nama dia.

Pasu kertas surat khabar, isi potting soil dan dilembapkan. Letak satu biji benih guna lidi. Tutup dengan sedikit topping soil supaya benih tak terbang.




Kali ini semai 12 pasu.

Tunggu perkembangan terkini..

Wednesday, May 28, 2014

Salad Butterhead, Salad Itali dan Salad Merah 29 Mei 2014

Tarikh: 29 Mei 2014

Meneruskan agenda cuti sekolah. Semuanya salad. Pasunya aku buat guna surat khabar digulung sahaja. Isi potting soil, spay air biar lembap. Ni ada 24 pasu, bukan semua untuk butterhead, cuma 6 yang kiri sahaja.


Letakkan 2 biji benih setiap pasu. Kebarangkalian berjaya tinggi sikit. Merah warna biji benihnya. Benihnya halus dan ringan. Cara nak letak mudah sahaja. Gunakan lidi, celup hujung tajam ke dalam air. Letak pada biji benih, biji benih akan melekat pada lidi. Letakkan pada pasu.


Letak sedikit potting soil supaya biji benih tak diterbangkan angin. 


Dream big, baby!


6 pasu bagi setiap jenis salad. 6 di kiri salad butterhead, 6 ditengah salad itali, 6 di kanan salad merah.

Usaha sudah, tawakal..


Tuesday, May 27, 2014

Ulat Gendon

Tarikh: 28 Mei 2014

Ulat ini ditemui dalam beberapa pasu tempat menyemai sawi dan kailan. Nama dia pun kawan di facebook yang bagi tau.


Kata mereka biasa telur ulat ini ada dalam medium yang ada sabut. Akan menjadi kumbang tanduk!

Ulat ni makan akar. Nak jadi cerita, aku jadi pelik bila semai sawi tak tumbuh. Semai kailan pun macam tak cukup zat aje. Korek tanah tu jumpa la makhluk ni.

Macam mana nak menyelesaikan masalah ni? Aku ingat nak isi tanah ni dalam tong atau letak atas zink. Bakar tanah tu.. Efektif tak?

Menyemai Salad No 4, Cubaan Kali Ke'lost my count already'. Hari 0

Tarikh: 28 Mei 2014

Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman. Banyak kali aku cuba menyemai salad, tak pernah berjaya.

Nekad dalam cuti sekolah ni nak terus cuba dan mencuba menanam salad.

Sebenarnya aku ni baru je bila dah umur 30an ni belajar makan salad... Ni namanya ilmu yang disia-siakan. Walaupun aku tahu salad banyak khasiat dan kandungan air dan serat yang tinggi dulu-dulu memang tak usik, sekelopak pun aku tolak..

Tapi sekarang dah insaf.. Nak sihat dan nak cantik...ops!
Baca merata tentang menanam salad untuk dapat gambaran lebih jelas. Terima kasih kawan-kawan facebook Kebun Bandar:Jom Tanam Sendiri dan juga blog berkebun macam En Is dari tanamsendiri.

Mari bercerita. Mula-mula gulung kertas jadikan pasu. Isikan tanah potting soil, lembapkan tanah,  letak biji benih, tutup semula dengan sedikit tanah.  Letak di tempat ada cahaya pagi. Sepatutnya dalam masa kurang seminggu akan bercambah.



Benih ni beli dengan harga RM3.


Cadangannya, bila dah ada 2 atau 3 set daun, akan dipindahkan ke pasu lain. Salad ni sistem akar pendek. Jadi pasu beli di Daiso kedalaman 6" dah cukup. Dalam pasu medium, pasir dan tinja sedang berehat. Seeloknya dibiar 2 minggu, supaya tinja terurai. Ini orang kata, aku baru nak cuba. Nanti kononya, terus korek lubang, tanam dengsn pasu kertas ni terus..

Tawakal...

Kobis Bulat dengan Cahaya Penuh Hari Kedua, 28 Mei 2014. Minggu 15.

Cuba alih kobis kepada cahaya matahari penuh. Nampak layu swdikit masa pukul 11 pagi walaupun sudah disiram pukul 8 pagi tadi.

Harap perkembangan kobis ni lebih baik berkelopak dengan cahaya penuh.


Ada pun dalam 3 pokok ni sahaja.  Ni pun baru lepas sembur dengan campuran cuka, sabun dan minyak. Semua setengah sudu teh dalam 500ml air. Sembur sampai kuyup, sembur dari arah bawah sebab serangga perosak duduk di bawah daun.

Belalang dan bagworm banyak kali cuba nak merosakkan kobis ni.

Baja pun sekadar kulit pisang, kulit telur dan air beras.

Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hilir Perak 2014

Tarikh: 27 Mei 2014

Tiba-tiba semalam dapat surat jadi guru pengiring untuk majlis ini, ada aktiviti pelancaran dan senamrobik. Agaknya nama aku naik sebab su kokurikulum,  redha...berkhidmat untuk negara.




Nasib korang la dapat cikgu sibuk nak bergambar juga
Ni muka selepas aerobics.  YB berucap boleh pulak kami sibuk bergambar.


YB Dato' Mohd Azhar b Jamaludin berucap dan merasmikan majlis.  Seterusnya mencabut beberapa nombor untuk cabutan bertuah.


Ehem..ehem.. I pun dapat ngeee....


Surprise! Unknown Seedling.

Tarikh: 27 Mei 2014

Surprise!


Identiti anak pokok ini sangat diperlukan.  Sehingga dapat dikenal pasti, duduklah kamu dalam label ini.

Rasanya anak mangga sebab pernah campak biji mangga lily dalam tong mata kucing ni. Kompos la konon. Mana tau tiba-tiba alhamdulillah rezeki, tumbuh pulak. 


Sunday, May 25, 2014

Pertandingan Taekwondo Hilir Perak 2014

Tarikh: 25 Mei 2014
Tempat: Dewan Damian, SMK St. Anthony,  Teluk Intan
Perasmi: YB Mohd Azhar b Jamaluddin

Anakanda ambil acara free sparing
Azam muka bengang. Dua tahun berturut membuka gelanggang.


Sedia bertarung!


Giliran Azam.


Keputusan pusingan 1. Tahniah Azim. Azam cuba lagi tahun depan ok.



Azim dengan bangganya! Abang dan makmpun tumpang bangga..






Proud of you baby


Azam jadi wakil ambil hadiah untuk kawan saja. Jadilah buat dia merasa naik ambil pingat.


Mak belanja KFC untuk meraikan kejayaan anak-anak.




Friday, May 23, 2014

Saderi, 23 Mei 2014

Terkini tentang saderi. Sama juga macam ketumbar, kering melidi..

Esok dapat baja ok.


Close up!


Ketumbar, 23 Mei 2014

Terkini tentang ketumbar.  Pokok ni yang dialih 2 bulan lepas. Kurus kering macam tuan dia. Letak terlindung cahaya petang. Pagi dampai pukul 2 dapat cahaya. Esok bagi kau baja air beras ye..

Ketumbar yang dalam pasu empat segi je. Yang pasu bulat tu saderi. Dah dok dekat ni, aku pun ingat lupa pokok apa. Koyakkan daun pun bau lebih kurang. Parah...


Close up!




Wednesday, May 21, 2014

Rosemary, Hari Keenam Pengairan Kendiri. 21 Mei 2014

Tarikh: 21 Mei 2014

Terkini pokok rosemary selepas 6 hari menggunakan kaedah pengairan kendiri.



Pokok nampak sihat, tiada daun berwarna perang.

Memang nampak sangat yang rosemary serap kurang air berbanding tomato atau cili api.

Masa ni baru 2.30 petang, belum pukul 5.30 petang jadi tanda 6 belum dibuat.

Terus berusaha!

Serangga Perosak yang Tidak Dikenali

Tarikh: 21 Mei 2014.

Inilah rupa serangga yang suka mengganggu tanaman aku. Grrr...




Tengok rupa penyamaran dia tu, macam ranting kan? Biasa dia makan daun, kadangkala nampak dia sedap melekat kat batang pokok. Gambar ni dia makan daun kobis bulat. Pernah juga nampak pada terung bulat, cili, bayam, kangkung, limau purut dan limau kasturi.

Selalunya, aku buang terus daun tu. Pernah aku pegang benda tu. Rasanya macam siput babi tu, luar macam pegang kulit ksyu tapi dalam dia tu macam siput babi, lembik.  Geli aku....

Tuesday, May 20, 2014

Cili Api dan Pengairan Kendiri, Selepas 18 jam. 21 Mei 2014

Tarikh: 21 Mei 2014.

Benih cili api ni dapat dari mak. Jangan tanya variety apa, aku tak tahu.

Mak bawa satu mangkuk cili api dari kampung. Masuk peti ais, kering sebab tak digunakan. Jadi biji benih la konon.

Sebelum ni ada satu pokok cili api tapi dah aku arwahkan sebab daunnya kerinting dan hijau muda tak sihat, serangan bena putih dan semut hitam. Geram aku....

Nak semai mudah sahaja, ambil je empat lima biji cili api kering tadi, aku tabur je dalam pasu tomato. Tumpang sekaki. Bila dah bercambah, pindahkan dengan penuh kasih sayang supaya akar tak cedera.

Ni baru pindah 6 anak pokok.



Ada lagi dalam 6-7 pokok belum pindah. Tak ada bekas. Petang ni nak cari cawan plastik yang bersepah depan sekolah anak untuk buat rumah hijau dan pasunya.

Semua enam pokok ni bagi air botol,  hihihi. Pengairan kendiri. 1 botol 500ml air espring untuk 3 anak pokok.
Sebab:
1. Dah berjaya cara pengairan kendiri dengan rosemary jadi nak cuba guna juga cara ni utk cili.
2. Anak cili ni baru ada 1 set daun, aku dah tak sabar nak pindahkan. Nanti siram ala tsunami takut mati lemas pokok ni. Nak manja guna air spray pagi mesti tak sempat, sampai petang tentu kekeringan.



Habis la tali parcel aku lepas ni. Nampak tak paras air tu, kongsi 3 pokok dari 8.30 malam 20 Mei sampai 2.30 petang 21 Mei. 18 jam.  

Bagi dia rumah hijau, lindungi dengan penuh kasih sayang.


Tomato yang Disangka Cili Benggala Kuning, Pengairan Kendiri Selepas 18 Jam. 21 Mei 2014

Tarikh: 21 Mei 2014

Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa pokok 1 dan 2 yang disangka pokok cili benggala kuning sebenarnya ada lah pokok tomato. Eiiii malu ai..

Ni gara-gara semai semua benda dalam satu bekas. Sebelum saya semai cili benggala kuning, bekas tu digunakan untuk semai tomato. Mungkin benih tomato tu lambat tumbuh. Tak kisah la, belajar dari kesilapan.

Saya dah letak pancang kecil dulu. Sebenarnya musykil mana nak letak pokok tomato ni. Terdahulu pernah letak kena cahaya penuh, tapi lepas tu mati. Kombinasi cuaca panas dan serangan bena putih rasanya. Kalau ikut pembacaan,  tomato nak sekurang-kurangnya 6 jam cahaya. Letak dulu kat balik pagar ni.

Ni dulu kononnya pokok 1 cili benggala kuning.  Tukar jadi tomato 2.


Ni pulak cili benggala kuning 2, jadi tomato 3. Tumpang semai cili api dalam pasu ni.



Untuk pengairan saya buat juga pengairan kendiri. Satu botol air dengan 3 sumbu untuk 3 pokok tomato ni. Saya selalu tak sempat siram waktu pagi, bergegas nak hantar anak sekolah dan pergi kerja (alasan..)

Ada gaya nak buat spider web aje..


Ni isipadu air yang diserap oleh 3 pokok dalam masa 18 jam.


Tabah aje la

Saturday, May 17, 2014

Rosemary dan Pengairan Kendiri, Selepas 48 jam

Tarikh: 17 Mei 2014

Selepas 48 jam, setakat ini perkrmbangan pokok rosemary dengan pengairan kendiri.


Tanda 1 untuk 24 jam pertama, tanda 2 untuk 48 jam pertama. Nampak banyak beza isipadu antara 2 hari ni.

Spekulasi:
1. Hari pertama serap lebih air untuk basahkan medium dan sumbu.
2. Cuaca hari pertama lebih panas berbanding hari kedua.

Bila habis air sebotol baru nak sukat isipadu air betul-betul.

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru 2014

Tarikh: 16 Mei 2014

Hari demam, batuk dan tak ada suara, pakej lengkap. Menyanyi lagu Guru Malaysia pun 'miming'.

Tak menyertai apa-apa permainan atas alasan kurang sihat dan aku tak de rumah sukan untuk diwakili. Tak aci su kokurikulum tak de rumah sukan!