Tarikh: 16 Mei 2014
Perkembangan empat pokok yang ada. Tiga pokok dah dapat rumah hijau baru yang lebih besar, satu belum dapat (kehabisan botol minyak 5 liter)
Ni pokok pertama, kecil sedikit.
Ni pokok kedua, lebih sihat. Sebaya semai dengan pokok pertama. Bawah tu ada pulak anak benih pokok lain tumbuh, rasanya pokok cili api.
Pokok ketiga semai kemudian, kurang sihat anak pokok ni tapi insyaAllah sebab ada nanpak pucuk baru hijau.
Pokok keempat ni sebaya pokok ketiga, macam dah nak kena kebumi... Tak pe bagi masa, mana tau rezeki dia sihat pulak nanti.
Satu perkara aku perasan, daun pokok cili benggala kuning ni macam daun pokok tomato la pulak, tak sama dengan daun cili benggala merah. Ke pokok tomato yang aku semai ni? Musykil weh!
Ok, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa pokok 1 dan pokok 2 adalah pokok tomato. Aiseh macam mana boleh jadi macam ni? Semai cili benggala, tumbuh tomato pula. Dulang semaian ni macam-macam ada, mungkin anak benih tomato tu lambat sikit tumbuh dari yang lain.. Learn fron mistake.
ReplyDelete