Kali pertama menanam cili benggala kuning.
Tarikh mula menyemai memang dah tak ingat. Macam biasa aku akan semai dalam kotak plastik kek sebagai rumah hijau dan perlindungan.
Tarikh alih ke pasu pun dah lupa tapi aku ingat masa ada 2 helai daun aku dah alih, tak sabar sangat. Patut tunggu 3 set daun.
Biji benih dapat dari cili benggala yang dibeli dari pasar untuk buat piza kononnya.
Bila alih ke pasu, anak benih nampak macam azab sangat nak membesar, terutama bila hujan lebat. Terhoyong-hayang. Jadi aku letakkan botol air mineral 500ml dan cawan plastik sebagai rumah hijau sampai cukup kukuh. Cara ni aku belajar kat blog luar negara, nama dah tak ingat.. Maaf tak dapat nak beri credit.
Setakat ni belum diberi baja atau semburan racun, sekadar bergantung kepada tanah kompos.
Mula-mula aku bimbang juga kesan haba rumah hijau ni terhadap anak pokok, takut terbantut atau mati. Tapi alhamdulillah setakat ni perkembangannya memberangsangkan. Mungkin wap air yang terkondensasi tu menyejukkan anak pokok. Aku suka cara ni juga sebab selamat la pokok dari serangga perosak.
Pokok 1.
Pokok 2.
No comments:
Post a Comment