Tarikh: 15 Mei 2014
Entah kali ke berapa aku cuba dengan pokok rosemary tapi selalu kurang berjaya. Rasanya dah 5 kali, semuanya mati selepas sebulan dua. Paling lama pernah sempat berbunga ungu, cantik. Lepas tu selamat..
Dari pembacaan di banyak blog berkebun dalam dan luar negara, pokok rosemary yang asal kawasan Mediterranean tidak suka air yang banyak. Air yang berlebihan akan menyebabkan akar reput. Tanda-tanda awal ialah daun mula menjadi berwarna perang.
Daun rosemary ni biasa aku guna untuk membuat isi piza dan perapan ayam panggang. Kadang-kadang tabur atas roti baguette. Wangi.. Ada juga petua campurkan daun rosemary dengan minyak zaitun untuk merawat rambut berkelemumur.
Beli di Cameron Highlands dengan harga RM10. Redha..sebab memang suka dan banyak kegunaannya. Aku campurkan tanah batu merah dan tanah campuran dengan tujuan saliran air yang lebih baik.
Kali ni aku nekad tak akan siram, hanya guna kaedah pengairan kendiri dari botol bersumbu. Rasanya pokok terdahulu semua mati sebab terlebih air, walaupun hanya siram sekali sehari. Ramai juga buat begini bila nak keluar kawasan beberapa hari. Di facebook page Kebun Bandar :Jom Tanam Sendiri pun ada pekebun guna cara ni.Kalau ikut teori orang lain yang dah mempraktikkan, akar akan serap air ikut seberapa yang perlu sahaja. Tawakal kepada Allah swt.
Layan gambar.
No comments:
Post a Comment