Dua pokok orkid ni diberi rumah baru. Pasu jenis tanah liat, kalau jatuh confirm berderai.
Pokok ni dah lama dibiarkan tanpa kasih sayang. Hidup segan mati tak mahu. Mari kita cuba pulihkan semula. Aku pun dah lupa warna apa bunganya.
Hidup ini satu perjalanan. Ada tawa dan air mata, semoga beroleh keredhaanNya di sepanjang kembara ini
Saturday, March 29, 2014
Friday, March 28, 2014
Tuaian Pertama Bayam Hijau Daun Tajam, 28 Mac 2014
Tuaian hari ini, dah tua sangat rasanya. Selalu jumpa bayam hijau daun bulat, ni daun tajam. Kali pertama nak masak ni.
Sebungkus biji benih ni RM2.50. Banyak. Benihnya halus. Pasu letak bawah teduhan, kat pagar. Yang penting tak ada racun. Baja tahi ayam dan sisa dapur sahaja.
Cukup la untuk buat rebus lauk hari ni

Thursday, March 27, 2014
Saderi, 28 Mac 2014
Gambar hari ini, biji benih tabur. Bila dah agak dalam 2 inci lebih baru dialih untuk beri ruang membesar. Dapat la beberapa pasu ni. Memang dah aku curi sikit untuk masak sup ayam ;-)
Dalam masakan Malaysia, saderi ni biasanya untuk hiasan. Masuk akhir sekali bila nak tutup api.
Kurus kering, kurang baja kot. Nak organik sangat kan, ambik kau kurus melidi. Mungkin juga leggy sebab kurang cahaya. Pasu letak di sebalik pagar laman rumah, laman ke? Ruang parkir lagi sesuai kot..

Ketumbar, 28 Mac 2014
Gambar hari ni. Ini bukan batch seed tape. Ni batch terdahulu, aci tabur aje. Benih dari Green World juga
Dari pembacaan, ketumbar tak suka dialih, tapi aku try n error aje la, bila tabur ni, pokok dia rapat sangat. Tak cukup ruang nak membesar. Dalam pasu yang sama, korek perlahan, supaya akar tak rosak. Jarakkan dalam seinci setengah, kira ok lah tu.
Seed tape tak menjadi. Entah silap di mana..
Pasu ni di sebalik pagar, tak tahan panas kot dia ni...

Tomato 28 Mac 2014
Perkembangan pokok tomato. Ada putik dah. Akan aku gunting buang putik tu supaya galakkan pertumbuhan pokok dulu.
Salad Merah aka Fire Red Lettuce, 27 Mac 2014
Tarikh: 28 Mac 2014
Banyak kali aku cuba menanam salad, tak pernah berjaya. Macam-macam jenis, semua hampa. Entah sebab cuaca panas di Teluk Intan, biji benih atau tanahnya aku pun tak pasti.
Kali ini aku guna biji benih jenis Green World. RM3 sebungkus. Beli kat tepi sungai, kalau orang tempatan tentu faham maksud tepi sungai. Tanah pula recycle tanah dari pasu pudina.

Setiap lubang letak 2 biji benih. Tanam dalam dulang aluminium, 3 baris x 5 lubang. Kalau ikut label selepas 45 hari dah boleh tuai..
Wednesday, March 26, 2014
Hidup Sendiri
Bukan mudah untuk aku menulis berkait hal-hal perasaan. Namun berita seorang sahabat telah berpisah benar-benar buat hati aku tersentuh.
Kalau ditanya perasaan aku sekarang, aku sudah boleh tersenyum dan ketawa mengingat episod lama. Time heals a broken heart.
Sejujurnya aku sendiri terfikir-fikir apa yang pernah terjadi. Blank. Kosong. Sungguh aku lupa, mungkin ini yang terbaik supaya aku terus ke hadapan. Macam puzzle yang tak lengkap.
Bila aku ditanya adakah aku benci dan marah kepada dia, hmmmm.. tidak itulah jawapan yang aku beri. Aku tak ada rasa marah atau benci kepada dia atau sesiapa dari masa lalu kami. Jangan pula ingat aku masih suka.. Kosong, tidak berasa apa-apa. Lama-lama aku mengerti rasa kosong itu ada rasa redha atas ketentuan yang Allah swt tuliskan untuk aku. Aku bersyukur hati kecil aku ini tidak diselimuti perasaan amarah dan dendam.
Bila? Aku tak pasti. Di awal perpisahan aku tak putus berdoa dan solat hajat memohon dia dikembalikan kepadaku. Rasanya setahun kemudian bertukar menjadi istikharah memohon petunjuk jika masih ada sisa jodoh kami.. Aku mendapat suatu mimpi dan keyakinan bahawa setakat ini jodoh kami. Aku belajar melupakan dan namanya tak pernah aku sebut lagi dalam doaku...
Disebalik peristiwa perpisahan ini, aku bersyukur kerana aku ditarik kembali mendekati Maha Pencipta. Buat aku sedar semua ini pinjaman belaka. Hati manusia ini milik Allah swt, mintalah kepadaNya. Dia berkuasa membolak balik dan mencenderungkan hati ke atas sesuatu.
Hikmah? Aku jadi mandiri. Jadi ketua keluarga kepada 2 permata hatiku. Aku boleh terbang tinggi...
Juga aku beroleh suatu perkara yang wanita lain hilang bila bersuami. Aku dapat berbakti kepada ibubapa lebih daripada wanita lain...
Jodoh itu rahsia.. Apa jua yang terjadi inilah yang terbaik untukku.
Kuulangi nasihat buat sahabatku:
Jalan ini bukan mudah
Jalan ini jalan beronak dan berliku
Lelaki menunggu kita jatuh untuk menghulurkan tangan
Wanita memandang kita penuh curiga

Tuesday, March 25, 2014
Orkid..kedua dalam bulan Mac 2014
Tarikh: 25 Mac 2014
Sambil lalu ke klinik gigi, aku nampak berkotak-kotak orkid sampai.. Gatal aje aku buat pusingan-u selepas Azim siap cabut gigi. Episod aku jadi dentist akan cerita di lain kali.
Kali ini sangkut warna ungu gelap. Seiras warna larutan kalium manganat (VII) berasid yang selalu aku guna di makmalkimia. Tauke tak ada, ada uncle tua pekerjanya sahaja. Aku minta harga orkid RM7 dia tak bagi, dia kata RM8. Sebenarnya aku pun tak ingat biasa tauke bagi berapa, hihihi. Tapi untuk pasu orkid aku memang ingat RM3 je sebiji.
Layan gambar

Tak Jemu Mata Memandang, Ros Lagi dan Lagi
Tarikh: 23 Mac 2014
Walaupun menanam dan menjaga ros memerlukan penjagaan rapi, aku tak jemu. Cantik mekarnya, harum baunya.
Beli di pasar tani Ahad di aTeluk Intan, RM7 sahaja. Aku pasukan semula, guna pasu plastik Baba's, biodegradable saiz 10 inci RM6. Tanah khas untuk ros, bercampur sabut RM2.50 sebungkus.
Pokok manja, hanya tahan cahaya pagi. Jadi duduklah dia di garaj tepi sekali depan pagar. Kalau pukul 11 pagi tu lentok aje pokoknya tak tahan terik matahari. Setakat ni belum dibaja. Seminggu lagi baru bagi makan pisang berangan. Doakan umurnya panjang. Insyaallah petang ni nak bagi mandi bawang putih, soda dan sabun.

Monday, March 17, 2014
Perhimpunan Kokurikulum 1/2014
Tarikh: 17 Mac 2014
Ok, saya nak interframe juga..Leftenan Muda Pn Jamaruziana binti Jamaluddin bersama Pemangku Pegawai St John Ambulans Malaysia Cik Tho Yim Peng
Sunday, March 16, 2014
Bunga Telang 16 Mac 2014
Tarikh: 16 Mac 2014
Sedikit perkembangan pokok bunga telang. Dah ada lebih banyak daun. Rasanya dah sesuai dipindahkan ke pasu besar dan dipasang pancang.

Saturday, March 15, 2014
Orkid Baru
Tarikh: 15 Mac 2014
Beli pokok orkid baru. Jangan tanya nama saintifik, aku tak tau.
Pasu RM3, Orkid RM8 tambah je arang yang ada saki baki yang lama tu.
Walaupun orkid ni tak ada bau, tapi warnanya cantik. Bunganya tahan lama. Ros kalau berbunga mungkin tahan 3 atau 4 hari je.
Layan gambar ok

Monday, March 10, 2014
Cal Mag D Plus
Iklan Amway: Calcium, Magnesium dan Vitamin D3.
180 tablet, tahan 2 bulan
RM 63
makan sebiji 3x sehari selepas sajian.
Memberikan:
1. 600mg kalsium = kalsium dlm 2.2 cawan yogurt
2. 250mg magnesium = magnesium dlm 3 cawan nasi
3. 399.6IU vitamin D3 = bersamaan vit D3 dlm 3.3 cawan susu diperkuat
Mula dipasarkan : Mac 2014. Calcium magnesium terdahulu adalah NLA
Saturday, March 8, 2014
Menanam ketumbar lagi, kaedah lekat biji benih
Tarikh: 9 Mac 2014
Entah berapa kali aku menanam ketumbar. Belum pernah berjaya sampai dapat pokok sebesar macam di pasar. Dek kerana aku suka sangat guna ketumbar dalam masakan mamak hehehe..gigih la aku terus mencuba
Gamaknya berapa banyak baja yang digunakan untuk dapat sebesar di pasar? Dengki aku rasa bila tengok kat blog gardening mat saleh terutamanya bila ketumbar ditanam bukan main sihat, tanam pun aci campak aje grrr...
Kaedah seed tape ni aku dapat kat website mytinyplot Dia tanam lobak merah aku tukar jadi ketumbar.
Aku guna pasu bekas tanam kailan. Kailan tu macam bantut aje, terus aku gembur je balik. Siapkan je lubang nak tanam tisu.

Subscribe to:
Posts (Atom)