Tuesday, March 25, 2014

Tak Jemu Mata Memandang, Ros Lagi dan Lagi

Tarikh: 23 Mac 2014

Walaupun menanam dan menjaga ros memerlukan penjagaan rapi, aku tak jemu. Cantik mekarnya,  harum baunya.

Beli di pasar tani Ahad di aTeluk Intan, RM7 sahaja. Aku pasukan semula, guna pasu plastik Baba's, biodegradable saiz 10 inci RM6. Tanah khas untuk ros,  bercampur sabut RM2.50 sebungkus.

Pokok manja, hanya tahan cahaya pagi. Jadi duduklah dia di garaj tepi sekali depan pagar. Kalau pukul 11 pagi tu lentok aje pokoknya tak tahan terik matahari. Setakat ni belum dibaja. Seminggu lagi baru bagi makan pisang berangan. Doakan umurnya panjang. Insyaallah petang ni nak bagi mandi bawang putih, soda dan sabun.






No comments:

Post a Comment