Tempat: Sungai Pauh, Cameron Highlands
Bas bertolak sekitar jam 11 pagi dari sekolah ke Cameron Highlands, ikut jalan Tapah. Aku dan cikgu Tho naik kereta, aku memandu. PK Ko bawa kereta sendiri. Cikgu Rokhi memandu juga bersama helper Hafiz.Cikgu Rosman naik bas bersama pelajar
Ni muka excited kadet, sebelum pening lalat hahaha..
Mula masak untuk makan malam. Terima kasih ye amoi tolong saya.
Ke pasar malam bersama cikgu Tho, cikgu Alias dan Hafiz. Membeli cenderahati untuk peserta dan jagung untuk barbeku malam itu. Keychain ada 10 dalam satu pek, beli dua pek dalapt harga RM15. Kalau beli satu pek sahaja RM8.
Hari terakhir, tengokla tu minyak masak pun beku? Terpaksa potong atasnya dan cedok. Ala-ala macam guna minyak sapi pun ada. Mlm tadi memang sejuk gila.. Masa kami masak sarapan ni dalam pukul 7 suhu 16°C.
No comments:
Post a Comment