Tuesday, March 25, 2014

Orkid..kedua dalam bulan Mac 2014

Tarikh: 25 Mac 2014

Sambil lalu ke klinik gigi, aku nampak berkotak-kotak orkid sampai.. Gatal aje aku buat pusingan-u selepas Azim siap cabut gigi. Episod aku jadi dentist akan cerita di lain kali.

Kali ini sangkut warna ungu gelap. Seiras warna larutan kalium manganat (VII) berasid yang selalu aku guna di makmalkimia. Tauke tak ada, ada uncle tua pekerjanya sahaja. Aku minta harga orkid RM7 dia tak bagi, dia kata RM8. Sebenarnya aku pun tak ingat biasa tauke bagi berapa, hihihi. Tapi untuk pasu orkid aku memang ingat RM3 je sebiji.

Layan gambar







No comments:

Post a Comment