Bukan mudah untuk aku menulis berkait hal-hal perasaan. Namun berita seorang sahabat telah berpisah benar-benar buat hati aku tersentuh.
Kalau ditanya perasaan aku sekarang, aku sudah boleh tersenyum dan ketawa mengingat episod lama. Time heals a broken heart.
Sejujurnya aku sendiri terfikir-fikir apa yang pernah terjadi. Blank. Kosong. Sungguh aku lupa, mungkin ini yang terbaik supaya aku terus ke hadapan. Macam puzzle yang tak lengkap.
Bila aku ditanya adakah aku benci dan marah kepada dia, hmmmm.. tidak itulah jawapan yang aku beri. Aku tak ada rasa marah atau benci kepada dia atau sesiapa dari masa lalu kami. Jangan pula ingat aku masih suka.. Kosong, tidak berasa apa-apa. Lama-lama aku mengerti rasa kosong itu ada rasa redha atas ketentuan yang Allah swt tuliskan untuk aku. Aku bersyukur hati kecil aku ini tidak diselimuti perasaan amarah dan dendam.
Bila? Aku tak pasti. Di awal perpisahan aku tak putus berdoa dan solat hajat memohon dia dikembalikan kepadaku. Rasanya setahun kemudian bertukar menjadi istikharah memohon petunjuk jika masih ada sisa jodoh kami.. Aku mendapat suatu mimpi dan keyakinan bahawa setakat ini jodoh kami. Aku belajar melupakan dan namanya tak pernah aku sebut lagi dalam doaku...
Disebalik peristiwa perpisahan ini, aku bersyukur kerana aku ditarik kembali mendekati Maha Pencipta. Buat aku sedar semua ini pinjaman belaka. Hati manusia ini milik Allah swt, mintalah kepadaNya. Dia berkuasa membolak balik dan mencenderungkan hati ke atas sesuatu.
Hikmah? Aku jadi mandiri. Jadi ketua keluarga kepada 2 permata hatiku. Aku boleh terbang tinggi...
Juga aku beroleh suatu perkara yang wanita lain hilang bila bersuami. Aku dapat berbakti kepada ibubapa lebih daripada wanita lain...
Jodoh itu rahsia.. Apa jua yang terjadi inilah yang terbaik untukku.
Kuulangi nasihat buat sahabatku:
Jalan ini bukan mudah
Jalan ini jalan beronak dan berliku
Lelaki menunggu kita jatuh untuk menghulurkan tangan
Wanita memandang kita penuh curiga
No comments:
Post a Comment